Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini daripada tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membebaskan Dr Ling selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan di akhir kes pembelaan.
Dr Ling, 70, yang diperintah membela diri pada 9 Mac tahun lepas, didakwa menipu kerajaan untuk memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek 'Mega Distribution Hub' yang kini dikenali PKFZ.
Dia didakwa menipu kerajaan apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1.088 bilion sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Kementerian Kewangan, dalam menentukan nilai itu, telah mengambil kira kadar kupon.
Dr Ling juga berdepan dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.
Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 Sept dan 6 Nov 2002.
Bernama
Fri Oct 25 2013
![Liong Sik dilepas dan dibebaskan daripada menipu kerajaan Liong Sik dilepas dan dibebaskan daripada menipu kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/61382544238_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Malaysia Airlines diarah selesaikan masalah susun atur tempat duduk pesawat A350-900 Malaysia Airlines diarah selesaikan masalah susun atur tempat duduk pesawat A350-900](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/81508308104_950x600.jpg)
Malaysia Airlines diarah selesaikan masalah susun atur tempat duduk pesawat A350-900
MAB diarahkan untuk menyelesaikan masalah susun atur tempat duduk dan tandas di kelas perniagaan dalam pesawat Airbus A350-900XWB, kata Menteri Pengangkutan.
![Kes saman Dr Ling: Permohonan Najib padam afidavit Dr Mahathir didengar 21 Jun Kes saman Dr Ling: Permohonan Najib padam afidavit Dr Mahathir didengar 21 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71446115949_LingLiongSik.jpg)
Kes saman Dr Ling: Permohonan Najib padam afidavit Dr Mahathir didengar 21 Jun
Perdana menteri memfailkan saman terhadap Dr Ling atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya pada 3 Okt tahun lepas.
![Najib saman Liong Sik Najib saman Liong Sik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71446115949_LingLiongSik.jpg)
Najib saman Liong Sik
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan saman terhadap bekas menteri kabinet Tun Dr Ling Liong Sik kerana didakwa menfitnah beliau.
![Saya tidak akan mohon maaf - Liong Sik Saya tidak akan mohon maaf - Liong Sik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61443959965_lingliongsik.jpg)
"Saya tidak akan mohon maaf" - Liong Sik
Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik tidak akan mohon maaf terhadap Datuk Seri Najib Razak selepas mengeluarkan kenyataan meminta peletakan jawatan beliau.
![Najib arah peguam tuntut Ling Liong Sik mohon maaf - Portal Berita Najib arah peguam tuntut Ling Liong Sik mohon maaf - Portal Berita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61443959965_lingliongsik.jpg)
Najib arah peguam tuntut Ling Liong Sik mohon maaf - Portal Berita
Portal berita TV14 melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan peguam beliau supaya menuntut bekas presiden MCA untuk memohon maaf berhubung kenyataannya terhadap Perdana Menteri itu.
![Kenyataan Dr Ling terhadap Najib bersifat peribadi - MCA Kenyataan Dr Ling terhadap Najib bersifat peribadi - MCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61443959965_lingliongsik.jpg)
Kenyataan Dr Ling terhadap Najib bersifat peribadi - MCA
Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata sebagai negara demokrasi, Dr Ling mempunyai hak untuk menyatakan pandangannya walaupun jelas parti kaum Cina itu menyokong penuh kepimpinan Najib.
![Universiti perlu lengkap dengan bandar baharu - Tun Mahathir Universiti perlu lengkap dengan bandar baharu - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61440257907_MAHATHIR.jpg)
Universiti perlu lengkap dengan bandar baharu - Tun Mahathir
Kewujudan universiti di sesuatu kawasan itu perlu dilengkapi dengan sebuah bandar baharu universiti, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
![Liong Sik sifatkan Karpal sebagai pelajar yang nakal Liong Sik sifatkan Karpal sebagai pelajar yang nakal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/61382544238_295x200.jpg)
Liong Sik sifatkan Karpal sebagai pelajar yang nakal
Ling Liong Sik mengingati Karpal Singh sebagai seorang pelajar nakal yang selalu gagal dalam peperiksaan.
![Jabatan Peguam Negara tidak rayu kes Dr Ling Liong Sik Jabatan Peguam Negara tidak rayu kes Dr Ling Liong Sik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/61382544238_295x200.jpg)
Jabatan Peguam Negara tidak rayu kes Dr Ling Liong Sik
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mengetuai barisan pendakwaan dalam kes itu mengesahkan perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) Jumaat.
![Usah lagi salah tanggap peranan Ling dalam PKFZ - Presiden MCA Usah lagi salah tanggap peranan Ling dalam PKFZ - Presiden MCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/61382544238_295x200.jpg)
Usah lagi salah tanggap peranan Ling dalam PKFZ - Presiden MCA
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Tun Dr Ling Liong Sik sepatutnya menghapuskan sebarang salah tanggapan tentang peranan beliau dalam projek PKFZ.