Lima zon pembersihan di Bukit Jalil, di sini diwujudkan bagi membersihkan tempat yang disyaki menjadi pusat pembiakan nyamuk aedes khususnya di sekitar Kompleks Sukan Negara.
Ia membabitkan zon satu iaitu kawasan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN); zon dua (kawasan tapak pembinaan Bandar Sukan Kuala Lumpur).
Zon tiga (Sekolah Sukan Bukit Jalil), zon empat (kawasan tapak pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia) dan zon lima (sekitar Sungai Kuyoh).
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Lokman Hakim Ali berkata Jawatankuasa Bertindak bagi Pembasmian Denggi yang dianggotai wakil MSN, ISN, KBS, Perbadanan Stadium Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menyelaraskan pemantauan dan pembersihan di semua zon terbabit.
"Jawatankuasa yang ditubuhkan 29 Jan lepas akan merangka dan melaksanakan pelbagai tindakan bersepadu bagi menangani penularan wabak denggi yang berlaku di kawasan sekitar Kompleks Sukan Negara," katanya.
Lokman berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat jawatankuasa berkenaan di MSN, di sini hari ini.
Beliau menjelaskan penularan wabak denggi di sekitar Bukit Jalil disebabkan kekerapan hujan, sekali gus menjejaskan usaha pencegahan dan pemantauan seperti pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes dan semburan.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail memaklumkan dua daripada tiga pesakit warga sukan negara masih menerima rawatan di Hospital Serdang selepas disyaki menghidap wabak denggi yang melanda kawasan Bukit Jalil.
"Seorang lagi pesakit yang merupakan atlet telah dibenarkan keluar wad pada tengah hari tadi," katanya.
Ahmad Shapawi menjelaskan sebanyak 17 kes berkaitan demam denggi direkodkan dengan sembilan kes melibatkan pegawai dan kakitangan MSN serta ISN yang tinggal di Vista MSN, Bukit Jalil.
Bakinya merupakan atlet dan jurulatih yang tinggal di sekitar Sekolah Sukan Bukit Jalil, Casa MSN dan asrama Technology Park Malaysia, katanya.
Pada masa sama, beliau menasihatkan atlet yang menjalani latihan di kawasan terbuka di sekitar Bukit Jalil untuk membuat penjadualan semula mengenai waktu latihan bagi mengelakkan mereka daripada terkena demam denggi.
Sementara itu, Ketua Sektor Penyakit Bawaan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Rose Nani Mudin memaklumkan pihaknya melakukan tujuh pemeriksaan di sekitar Bandar Sukan Kuala Lumpur yang disyaki menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Bernama semalam melaporkan dua pemain bola sepak, seorang jurulatih dan dua pegawai MSN dimasukkan ke hospital selepas disyaki menghidap demam denggi, sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai penularan demam itu di Bukit Jalil.
Jumaat lepas, pengurus MSN bagi pasukan Paralimpik negara Mohd Nor Izuwan Mohd Ariffin yang tinggal di Vista MSN menjadi korban pertama wabak denggi di Kompleks Sukan Negara apabila meninggal dunia akibat demam denggi berdarah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2017

LOKMAN: Lima zon pembersihan di Bukit Jalil, di sini diwujudkan bagi membersihkan tempat yang disyaki menjadi pusat pembiakan nyamuk aedes. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

MAHA 2024 menggagas peluang dan inovasi pertumbuhan pertanian global
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang akan diadakan pada 11 hingga 22 September 2024 di MAEPS, Serdang, merupakan edisi khas sempena meraikan 100 tahun penganjurannya.

Lima Zon pembersihan wabak denggi diwujudkan di Bukit Jalil
Lima zon pembersihan di Bukit Jalil, di sini diwujudkan bagi membersihkan tempat yang disyaki menjadi pusat pembiakan nyamuk aedes khususnya di sekitar Kompleks Sukan Negara.