BATU PAHAT: Sebanyak lima sekolah di Johor masih belum dapat beroperasi pada hari pertama persekolahan bagi sesi 2023/24 yang bermula pada Ahad susulan banjir yang melanda baru-baru ini.
Pengarah Pendidikan Johor, Md Said Md Daimon berkata, kesemua sekolah berkenaan melibatkan SK Sri Mendapat, SK Tanjung Semberong dan SK Seri Nasib Baik di Batu Pahat, manakala SK Pogoh dan SMK Buloh Kasap mengalami masalah ketiadaan elektrik dan masih belum mendapat pengesahan (kelulusan) daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk digunakan dan dijangka beroperasi esok (Isnin) setelah disahkan oleh JKR.
“Tiga sekolah di Batu Pahat pula terbabit dengan banjir sama ada sekolah dinaiki air ataupun laluan ke sekolah itu yang masih ditenggelami air,” katanya.
Md Said berkata demikian ketika ditemui ketika melakukan lawatan ke SK Sri Gading dan kemudiannya ke SK Seri Pandan, pada Ahad.
Tambah Md Said, proses pembersihan terhadap 40 sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir dan pelajar sekolah di Batu Pahat giat dijalankan.
Katanya, pihaknya juga sedang menyusun jadual sukarelawan yang akan membantu proses (pembersihan) berkenaan.
“Sehingga kini proses pembersihan sekolah masih berjalan, bagi sekolah yang masih lagi menjadi PPS, pembersihan akan dijalankan secara berperingkat dan bagi SK Sri Gading, kita sudah bersihkan tetapi wap dan mendapan tanah itu timbul semula, jadi kita kena bersihkan semula..tapi, saya percaya ramai sukarelawan yang akan bantu untuk bersihkan sekolah.
“Bagi pelajar di PPS, sesi pembelajaran bergantung kepada kelas kalau kelas bilik darjah yang kosong, maka mereka akan belajar di sekolah dan murid yang berada di PPS yang menjdi mangsa banjir akan masuk ke kelas menumpang walaupun PPS itu bukan sekolah dia.
“Apa pun, bagi minggu pertama ini sesi persekolaham lebih kepada sesi suai kenal dan transisi kepada sesi suai kenal, transisi dan setakat ini tak ada masalah untuk mereka bercampur,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 19 2023
Md Said meninjau keadaan hari pertama persekolahan di SK Seri Pandan, pada Ahad. -Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Lima sekolah di Johor tidak beroperasi pada hari pertama
Tiga sekolah di Batu Pahat pula terbabit dengan banjir sama ada sekolah dinaiki air ataupun laluan ke sekolah itu yang masih ditenggelami air.