Polis Terengganu selesai merekodkan keterangan lima saksi bagi membantu siasatan berhubung kejadian belon meletup yang berlaku di Dataran Batu Burok Jumaat lalu.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata empat daripada lima saksi tersebut adalah individu yang melihat kejadian dan seorang lagi merupakan ketua penganjur program.
"Kita juga akan memanggil dan merekodkan percakapan daripada ahli jawatankuasa program termasuklah pembekal syarikat yang membekalkan belon pada program tersebut.
"Kita akan rekod percakapan untuk melihat sama ada pihak pembekal telah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh penganjur dan kita juga akan siasat sama ada berlaku kecuaian atau tidak daripada pihak penganjur," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengetuai Pelupusan Barang Kes Narkotik Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu di Lapang Sasar Lembah Bidong di sini hari ini.
Susulan daripada kejadian tersebut, Rosli berkata: "Saya cadangkan penganjur program dan majlis yang mahu menggunakan belon supaya merujuk kepada pihak polis terlebih dahulu agar pihak polis bahagian persenjataan atau unit pemusnah bom boleh menasihati mereka dan memberitahu apa langkah dan tindakan keselamatan yang boleh diambil."
"Untuk penganjuran majlis ini kami tidak dirujuk berhubung perkara ini dan sebelum ini juga kami tidak pernah dirujuk berkaitan penggunaan belon...jadi selepas ini mungkin penganjur boleh merujuk pihak kami terlebih dahulu sebab kita tak nak kejadian seumpama ini berulang lagi," katanya.
Rosli berkata sehingga kini pihaknya telah menerima satu laporan kes berhubung kejadian tersebut daripada pihak penganjur.
Dalam kejadian pada majlis sambutan Hari Penglihatan Sedunia anjuran Jabatan Kesihatan Jumaat lalu, sebanyak 150 belon yang hendak dibahagi kepada kanak-kanak selepas majlis berkenaan meletup menyebabkan tujuh mangsa dimasukkan ke wad manakala 24 lagi mangsa diberi rawatan sebagai pesakit luar.
Bagaimanapun semalam, tiga daripada 24 mangsa yang dirawat sebagai pesakit luar, telah datang semula membuat pemeriksaan dan dimasukkan ke wad menjadikan 10 orang yang masih menerima rawatan. - Bernama
Bernama
Mon Oct 24 2016
![Lima saksi dipanggil beri keterangan kes belon meletup Lima saksi dipanggil beri keterangan kes belon meletup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41477053584_BelonMelecur.jpg)
Salah seorang kanak-kanak yang cedera akibat kejadian belon meletup Jumaat lalu.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Belon meletup, 16 termasuk kanak-kanak melecur Belon meletup, 16 termasuk kanak-kanak melecur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81570868154_HeliumBalloon.jpg)
Belon meletup, 16 termasuk kanak-kanak melecur
Seramai 16 orang termasuk kanak-kanak melecur apabila belon yang menjadi 'prop' untuk program kecergasan sempena Bulan Sukan Negara 2019 di Dataran Putrajaya di sini hari ini meletup.
![Lima saksi dipanggil beri keterangan kes belon meletup Lima saksi dipanggil beri keterangan kes belon meletup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41477053584_BelonMelecur.jpg)
Lima saksi dipanggil beri keterangan kes belon meletup
Polis Terengganu selesai merekodkan keterangan lima saksi bagi membantu siasatan berhubung kejadian belon meletup yang berlaku di Dataran Batu Burok Jumaat lalu.