KANGAR: Putera raja dari lima negeri iaitu Perlis, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan berkenan mengajak rakyat menghayati pengertian kemerdekaan.
Putera raja bertitah demikian menerusi program 'Harapan Diraja Pewaris Negara Merdeka' julung kali diadakan, anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang disiarkan secara dalam talian, malam tadi.
Titah diraja itu dimulakan dengan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz yang menzahirkan harapan agar rakyat berpegang teguh kepada lima prinsip Rukun Negara kerana ia adalah asas kepada pembentukan tanah air yang menyatukan rakyat negara ini.
"Perpaduan antara rakyat berasaskan prinsip Rukun Negara menjadi lebih penting ketika negara berdepan dengan cabaran COVID-19 apabila rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat berganding bahu membantu satu sama lain tanpa mengira perbezaan," titah baginda.
Sementara itu, Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra bertitah sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini berbeza berbanding sebelum ini apabila negara masih dibelenggu pandemik COVID-19.
"Sambutan Hari Kebangsaan bukan sekadar hari untuk bersuka-suka, tetapi untuk kita menghayati dan mengenang erti kemerdekaan bahawa ia bukan sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah dan datangnya dengan izin Allah," titah baginda.
Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pula mengajak rakyat untuk terus bersatu padu dalam menangani wabak COVID-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Baginda bertitah agar rakyat menyingkap semula sejarah pejuang kemerdekaan negara, sedar dan berpijak di bumi nyata serta berusaha membangunkan negara tercinta.
Seterusnya, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah rakyat Malaysia perlu bersatu hati, mengekalkan perpaduan dan meraikan perbezaan kaum supaya keharmonian yang terbina dapat dikekalkan.
"Marilah kita semarakkan bulan kemerdekaan ini dengan perkara-perkara yang positif," titah baginda.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah meminta rakyat bersama-sama berusaha membangunkan negara dan bangsa, serta memerdekakan diri daripada segala unsur negatif dan tidak saling menuding jari sebaliknya sentiasa mencari titik persamaan.
"Pada masa yang sama, sebarang pandangan haruslah membina, konstruktif dan mengetengahkan solusi kerana negara kita memerlukan rakyat mentaliti kelas pertama dalam tindakan dan mengamalkan cara hidup selamat, sihat, penyayang, berilmu, rajin serta berdisiplin," titah baginda.
Kesemua putera raja juga turut menzahirkan salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa COVID-19 dan mendoakan agar mereka terus tabah serta semoga penularan wabak ini berakhir dengan secepat mungkin.
Semua putera juga turut menitahkan ucapan terima kasih kepada barisan hadapan negara atas jasa dan pengorbanan dalam memerangi wabak ini, selain mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Ke-64 kepada seluruh rakyat Malaysia.
--BERNAMA
Bernama
Wed Sep 01 2021

Rakyat diseru menyingkap semula sejarah pejuang kemerdekaan negara, sedar dan berpijak di bumi nyata serta berusaha membangunkan negara tercinta. - Gambar hiasan

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.

Lima putera raja ajak rakyat hayati pengertian merdeka
Titah dimulakan dengan Tunku Ali Redhauddin yang menzahirkan harapan agar rakyat berpegang teguh kepada lima prinsip Rukun Negara.