MIRI:Lima pasukan kesihatan digerakkan ke Long Jeeh, Ulu Baram di sini bagi tujuan saringan COVID-19 dan maklumat kesihatan awam di kawasan pedalaman berkenaan pagi Jumaat.
Kesemua pasukan kesihatan menaiki helikopter Hornbill Skywyas berlepas dari Miri pada pukul 9.40 pagi.
Sebuah lagi helikopter milik Layang Layang Aerospace akan ikut serta bagi membawa perkakas kesihatan dan sampel ujian saringan.
Perjalanan ke Long Jeeh itu dianggarkan mengambil masa 45 minit dan membawa masing-masing dua doktor dan pemeriksa kesihatan serta seorang jururawat dari Hospital Miri.
Pasukan kesihatan itu akan melakukan saringan COVID-19 ke atas lebih 100 penduduk di Rumah Panjang Long Jeeh hari ini sebelum pulang ke Hospital Miri membawa sampel untuk ujian makmal pada hari yang sama.
Terdahulu, dua penduduk rumah panjang tersebut disahkan positif COVID-19 dan sedang menjalani rawatan dan kuarantin di Hospital Miri.
Kawasan perkampungan di Long Jeeh dilaksanakan sekatan pergerakan selama 14 hari sehingga 9 Februari ini bagi mengekang penyebaran wabak tersebut.
Dalam perkembangan sama, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Marudi juga digerakkan ke Long Jeeh, Ulu Baram untuk kerja-kerja sanitasi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi Maureen Sim berkata pasukan sanitasi itu bergerak pada jam 6 pagi tadi dan dijangka tiba ke Long Jeeh pada jam 2 petang hari ini.
Sementara itu, bantuan bekalan makanan dan keperluan asas yang lain telah dihantar ke kawasan tersebut sekitar jam 2.00 pagi Jumaat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri.
Antara bantuan yang dihantar ialah 100 pek makanan asas, lampin pakai buang dan susu formula bayi.
Nuzuluddin Abdul Razak
Fri Jan 29 2021
Kesemua pasukan kesihatan menaiki helikopter Hornbill Skywyas berlepas dari Miri pada pukul 9.40 pagi. - Foto Astro AWANI
Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya - Mohamad Sabu
Negara mampu menjimatkan kira-kira RM300 juta jika projek penanaman bawang di dalam negara berjaya direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
LRT Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen, libat jajaran 29.5 km - Loke
Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen di lokasi-lokasi yang strategik, termasuk satu stesen provisional di Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang.
AWANI Ringkas: Bantu negara jadi hebat- PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pendatang warga Bangladesh ditahan di sempadan Malaysia-Thailand
Lelaki itu ditahan setelah dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di tebing Sungai Golok.
Kejayaan bersejarah rangkul Piala Dunia seperti mimpi - Natasha
Atlet berusia 28 tahun itu sangat gembira kerana kerja keras selama bertahun-tahun akhirnya berhasil.
Limpahan air Sungai Johor memburukkan situasi
Air Sungai Johor di tengah Kota Tinggi berpotensi melimpah, sekiranya hujan berterusan dan air pasang besar terjadi dalam waktu sama.
Penternak digesa kawal haiwan ternakan, elak bahayakan pengguna jalan raya
Penternak digesa mengawal haiwan ternakan daripada berkeliaran di kawasan jalan raya berikutan laporan kematian yang tinggi akibat kemalangan membabitkan binatang peliharaan atau ternakan.
Pegawai tertinggi syarikat penyiaran direman, disyaki terlibat pengubahan wang haram
Seorang pegawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat penyiaran tempatan dan seorang wanita ditahan reman di Kuching kerana disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram.
Terbuka Australia: Kehadiran Jannik Sinner, motivasi terbaik buat Carlos Alcaraz
Pemenang empat kali trofi Grand Slam tenis perseorangan lelaki, Carlos Alcaraz menyifatkan persaingan dengan Jannik Sinner yang kini berada di ranking pertama dunia sebagi satu motivasi buatnya.
Lagi nahas pesawat, 10 maut di Colombia
Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.
Lima petugas kesihatan digerakkan ke Long Jeeh untuk saringan COVID-19
Lima pasukan kesihatan digerakkan ke Long Jeeh, Ulu Baram di sini bagi tujuan saringan COVID-19 dan maklumat kesihatan awam di kawasan pedalaman berkenaan pagi Jumaat.
Kerajaan diminta lanjutkan tempoh saringan pekerja asing - MEF
Kerajaan dimohon melanjutkan tempoh diberikan kepada majikan untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas pekerja asing mereka.
COVID-19: Buat saringan tiga hari sebelum keluar dari Sabah - Dr Adham Baba
Berkuat kuasa esok, semua pengembara yang tiba dari Sabah perlu menjalani saringan COVID-19 tiga hari sebelum berlepas ke negeri lain melalui pintu masuk utama.
Pengembara tiba dari Sabah tidak perlu jalani kuarantin jika negatif, mulai 25 November
Pengembara yang tiba dari Sabah hanya perlu menjalani swab ujian pengesanan COVID-19 tiga hari sebelum berlepas dari Sabah ke negeri lain bermula 25 November ini.
Kluster Sivagangga: 4,198 individu telah disaring - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham memaklumkan 4,198 individu telah disaring melibatkan kluster itu melibatkan tiga negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.