Selepas kembali merekodkan bilangan kes baharu satu angka semalam, Malaysia hari ini dikejutkan dengan peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 39 kes.

Berikut adalah lima perkara penting yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media berkaitan perkembangan COVID-19 di Malaysia pada hari ini (28 Julai 2020).

Ini yang anda perlu tahu:

1. Sebanyak 39 kes baharu dilaporkan dengan 28 kes penularan tempatan.

2. Enam individu pulih menjadikan kes kumulatif pulih sebanyak 8,607 kes (96.2 peratus).

3. Kes kematian kekal 124, tiada kematian baharu.

4. Dua kluster baharu dikenal pasti di Kedah (Kluster Sivagangga, India) dan Sarawak (Kluster Satok)

5. Jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 8,607 kes.