SHAH ALAM : Seramai lima pengamal perubatan tradisional termasuk dua wanita, terlepas daripada hukuman gantung sampai mati, selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis melepas dan membebaskan mereka atas tuduhan membunuh seorang lelaki, lima tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Nurulhuda Nur’Aini Mohd Nor memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan, terhadap kelima-lima tertuduh.
Mereka ialah Mohd Zamre Abdul Rahim, 41; Mohd Nazri Abu Hasan, 39; Lizawati Zolkapli, 41; Hidayuwahida Mohhai, 39 dan Ahmad Amzar Mohammed Nashan, 40.
Mengikut pertuduhan, mereka dituduh bersama-sama membunuh pesakit, Mohd Afril Syah Wadood, 35, di sebuah rumah di Taman Puchong Intan, Puchong, di sini antara jam 4 hingga 8 pagi, 26 April 2018 lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, ahli keluarga si mati iaitu kakaknya telah memanggil pengamal perubatan untuk merawat penyakit adiknya itu.
Rawatan dijalankan bermula 23 sehingga 26 April 2018 dengan peringkat permulaan melibatkan bacaan ayat al-Quran, zikir dan memandikan si mati di luar rumah.
Kelima-lima tertuduh telah datang berulang kali ke rumah kakak si mati dan menjalankan rawatan kerana belum pulih, namun pada hari terakhir jam 3 pagi, kesemua tertuduh telah menjalankan rawatan sehingga menyebabkannya lemah lalu disahkan meninggal dunia.
Menurut pasukan pendakwaan, mangsa telah menjalani rawatan dengan dikatakan dipijak di bahagian perut, sehingga lebam.
Pasukan pembelaan sebaliknya menghujahkan bahawa anak guam mereka merawat dengan cara sentuhan sahaja.
Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim manakala tertuduh diwakili peguam, Ainur Azalia Ayoub, Azimul Azami dan Rezal Mazli. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 26 2023
![Lima pengamal perubatan tradisional terlepas hukuman mati Lima pengamal perubatan tradisional terlepas hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674750342_TBgavel.jpg)
Pesuruhjaya Kehakiman, Nurulhuda NurAini Mohd Nor memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan, terhadap kelima-lima tertuduh. - Gambar hiasan
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
![Pengamal perubatan tradisional didakwa perdaya warga emas RM460,000 Pengamal perubatan tradisional didakwa perdaya warga emas RM460,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681118724_TBCourtHammer.jpg)
Pengamal perubatan tradisional didakwa perdaya warga emas RM460,000
Seorang pengamal perubatan tradisional didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memperdayakan seorang warga emas dengan memberikan perkhidmatan spiritual keagamaan.
![Lima pengamal perubatan tradisional terlepas hukuman mati Lima pengamal perubatan tradisional terlepas hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674750342_TBgavel.jpg)
Lima pengamal perubatan tradisional terlepas hukuman mati
Lima pengamal perubatan tradisional termasuk dua wanita, terlepas daripada hukuman gantung sampai mati.
![Pengamal perubatan tradisional didakwa bunuh wanita Pengamal perubatan tradisional didakwa bunuh wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659443326_TBgavel.jpg)
Pengamal perubatan tradisional didakwa bunuh wanita
Che Hong Chiew didakwa menyebabkan kematian Lim Sin Lue, 41, di ruang tamu rumahnya di Pandan Perdana pada 27 Julai lepas.
![Wanita mati ketika jalani rawatan tradisional Wanita mati ketika jalani rawatan tradisional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658976552_Wanitamatiketikad.jpg)
Wanita mati ketika jalani rawatan tradisional
Mangsa ditemui dalam keadaan berbaring dan tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah wanita yang juga pengamal perubatan tradisional.
![2 direman kes tembak pengamal perubatan tradisional 2 direman kes tembak pengamal perubatan tradisional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51617792760_PengamalPerubatan.jpg)
2 direman kes tembak pengamal perubatan tradisional
Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan kes pengamal perubatan yang ditemukan maut disyaki ditembak dalam sebuah rumah berhampiran Bukit Rangin Perdana 2, di sini.
![Pengamal perubatan mati ditembak, keluarga rayu henti spekulasi Pengamal perubatan mati ditembak, keluarga rayu henti spekulasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617622275_Pengamalperubatan.jpg)
Pengamal perubatan mati ditembak, keluarga rayu henti spekulasi
Mohammad Abdul Rahim Nasri, 31, ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan beberapa kesan tembakan.
![Bercakap Dengan Jin: Roh bayi mencari ibu malam ini Bercakap Dengan Jin: Roh bayi mencari ibu malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.astrogempak.com.my/Portals/2/astro prima/Bercakap dengan jin Artikel.jpg)
Bercakap Dengan Jin: Roh bayi mencari ibu malam ini
Drama adaptasi novel seram popular sekitar tahun 1980an, Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis kini sudah memasuki
![Pengamal perubatan tradisional dakwa mampu ubati virus HIV Pengamal perubatan tradisional dakwa mampu ubati virus HIV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/41384992189_295x200.jpg)
Pengamal perubatan tradisional dakwa mampu ubati virus HIV
Seorang pengamal perubatan tradisional dari Machang, Kelantan mendakwa mampu mengubati HIV dengan kaedah rawatan tradisional.