Kemalangan ngeri itu berlaku di kilometer 10.5, Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang selepas susur Persiaran Kayangan pukul 3 pagi.
Menurut jurucakap polis trafik daerah, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Honda City merempuh tiga penunggang motosikal yang berhenti di tepi lebuh raya kerana mengalami kerosakan.
Sejurus selepas kemalangan yang meragut nyawa pemandu kereta dan tiga penunggang itu, seorang lagi penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kereta jenis Proton wira yang berhenti tidak jauh dari lokasi kemalangan.
