KUALA LUMPUR: Lima lelaki warga tempatan ditahan petang semalam kerana disyaki terlibat kes samun bersenjata di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Keramat Permai, Ulu Kelang, di sini, pada 29 Januari lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kesemua suspek yang berusia 20 hingga 30 tahun terbabit ditahan menerusi empat siri serbuan di kawasan Wangsa Maju dan Pudu.
Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati dua suspek dipercayai memasuki premis dengan seorang bertindak mengacukan senjata pisau ke arah mangsa yang bekerja di kedai berkenaan untuk membuat penambahan nilai aplikasi Touch n Go serta mengambil duit di dalam peti wang manakala tiga lagi menunggu di luar kedai.
"Suspek juga mengambil beberapa barang yang berada di rak rokok dan rak berdekatan dengan kerugian dianggarkan bernilai RM1,500.
"Semasa serbuan, polis turut merampas kereta Perodua Kelisa, beberapa telefon bimbit, dua pasang gari berserta kunci gari, sebilah pedang bersarung hitam sepanjang 53 sentimeter, wang tunai RM300 dan pelbagai barang lain untuk tujuan siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Farouk berkata kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Sabtu depan dan semakan mendapati kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan ujian saringan awal air kencing mendapati kesemuanya positif dadah.
Menurutnya, dengan penahanan itu, polis telah berjaya membongkar dua kes samun kedai serbeneka di Kuala Lumpur yang dilakukan oleh suspek dan soal siasat masih dijalankan untuk mengenal pasti kes-kes lain yang dilakukan mereka.
"Modus operandi mereka adalah melakukan samun secara berkumpulan dengan menyasarkan kedai serbaneka 24 jam dan hasil daripada kegiatan itu akan dibahagikan antara suspek untuk kegunaan perbelanjaan harian mereka.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan tanpa senjata api," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023
ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua suspek yang berusia 20 hingga 30 tahun terbabit ditahan menerusi empat siri serbuan di kawasan Wangsa Maju dan Pudu. - Gambar fail
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Tun Juhar
Keadaan sosiopolitik Sabah yang stabil akan membolehkan pengagihan ekonomi, pendapatan dan kekayaan negeri dilakukan secara adil dan saksama kepada semua rakyat, kata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ju
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Polis peroleh perintah tahanan reman dua suspek samun bersenjata di Semenyih
Seorang daripada suspek yang merupakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berusia 24 tahun telah menyerah diri tengah hari semalam.
Polis giat buru individu terlibat kes samun bersenjata di Tanjong Malim
Polis sedang mengesan beberapa individu disyaki terlibat dalam siri kejadian samun bersenjatakan parang di kawasan perumahan di Tanjong Malim.
Lima penjenayah ditembak mati di Putra Heights terlibat lebih 50 kes samun
Kumpulan itu menyasarkan premis syarikat kurier, kilang, pejabat dan kediaman, selain bertindak ganas termasuk menetak mangsa.
Polis tembak mati lima penjenayah di Putra Heights
Kesemua suspek bertindak melarikan diri dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis serta merempuh bahagian belakang kenderaan polis.
Tiga pelajar rakam jenayah sendiri semasa samun berkumpulan
Modus operandi yang dilakukan ketiga-tiga suspek adalah dengan memanjat bumbung rumah untuk memecah masuk kediaman warga asing.
Kumpulan penjenayah paling dikehendaki polis Ipoh ‘Geng Jiva’ diberkas
Dengan penahanan suspek, sekurang-kurangnya 24 kes jenayah kekerasan dan 34 kes jenayah harta benda sekitar Ipoh berjaya diselesaikan.
Pasangan warga emas disamun, dipukul dengan kayu
Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu turut menyebabkan mangsa, Saedin Abdul Hamid, 77, mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas didakwa cuba melawan sebelum tangan dan kakinya diikat.
Tiga beradik dituduh rompak guna kapak
Tiga beradik didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merompak empat mangsa dengan bersenjatakan kapak di beberapa kedai telefon di sekitar Kota Bharu.
Samun bersenjata: Dua wanita antara empat ditahan - Polis
Kesemua suspek warga tempatan berkenaan masing-masing ditahan di Senawang, Negeri Sembilan dan Putra Perdana, Puchong.
Bekas polis direman samun peniaga sayur RM400
Seorang bekas polis direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes samun berkumpulan menggunakan senjata terhadap seorang lelaki di hadapan rumahnya di Taman Bukit Cheng, Melaka, 29 April lalu.