Lima lelaki dikesan membuang lebih enam tan kulit durian di jalan lama Bentong-Raub, Bentong, kira-kira 200 kilometer dari sini, bulan lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata pihaknya akan mengambil tindakan terhadap lima lelaki berumur antara 25 dan 40 tahun itu yang dipercayai memandu tiga buah lori dan dua buah kenderaan pacuan empat roda yang membawa kulit buah durian untuk dibuang di lokasi itu.
"Kita akan buat pendakwaan terhadap mereka sebagai pengajaran kepada semua peniaga supaya tidak melakukan kesalahan serupa.
"Tahun lepas kita juga telah mendakwa seorang lelaki atas kesalahan membuang kulit durian di lokasi sama, yang akhirnya mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM18,000," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis penutupan Operasi Bersepadu (Op Gempur) Pahang di pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang di sini semalam, beliau berkata, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 71(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 627) yang boleh dijatuhi hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Turut hadir ialah Pengarah JAS negeri Mohd Sani Mat Daud, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang Sharudin Hamid, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuantan DSP Ajit Singh Khale dan Timbalan Pengarah Jabatan Pelesenan Majlis Perbandaran Kuantan Izzat Zainal Muhammad Safian.
"Apa yang kita kesalkan ialah di Raub terdapat sebuah kilang yang menerima kulit durian secara percuma untuk diproses sebagai baja namun peniaga ini mengambil cara mudah dengan membuang kulit itu di kawasan tidak dibenarkan sehingga menimbulkan pencemaran bau dan menyakitkan pandangan," kata Mohd Sharkar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 17 2020

Mohd Sharkar berkata, di Raub terdapat kilang yang menerima kulit durian secara percuma untuk diproses sebagai baja, namun ada yang ambil cara mudah dengan membuang kulit di kawasan tidak dibenarkan. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kes tapak pembuangan sampah haram di Selangor turun - Exco
Akta-akta sedia ada dan tindakan penguatkuasaan oleh PBT didapati memadai buat masa ini untuk menangani isu tempat pembuangan sampah haram di Selangor.

Lima lelaki dikesan sengaja buang lebih enam tan kulit durian di tepi jalan
Lima lelaki dikesan membuang lebih enam tan kulit durian di jalan lama Bentong-Raub, Bentong.

5 perkara anda perlu tahu mengenai pengasingan sisa pepejal di punca
Bermula 1 September 2015, kerajaan telah mewajibkan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat.