TAWAU: Lima lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan sebut harga menyewa dan menguruskan kantin sekolah di Semporna, manakala seorang wanita turut didakwa bersubahat.
Kesemua mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat atas pertuduhan masing-masing yang dilakukan di Pejabat Pendidikan Daerah Semporna pada 2017.
Mohd Hafiz Irawan, 34, yang bekerja di bahagian penyelenggaraan sebuah syarikat, menghadapi tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu pada 26 Okt 2017 iaitu penyata akaun Maybank sebuah syarikat bertarikh 30 Jun, 31 Julai dan 31 Ogos pada tahun sama bagi mendapatkan sebut harga menyewa dan menguruskan kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lalang.
Mohd Hafiz juga dituduh menggunakan dokumen palsu pada 26 Okt 2017 iaitu salinan lesen berniaga sebuah syarikat bertarikh 3 Jan 2017 untuk tujuan sama.
Seorang lagi tertuduh, Masri Nulhadi, 45, yang tidak bekerja, menghadapi tiga pertuduhan menggunakan penyata akaun Maybank palsu sebuah syarikat bertarikh 30 Jun, 31 Julai dan 31 Ogos pada tahun sama bagi mendapatkan sebut harga menyewa dan menguruskan kantin SK Gelam-Gelam.
Isterinya Asmah Moong, 42, seorang suri rumah, menghadapi tiga pertuduhan bersubahat dengannya,
Sementara itu, tiga lagi tertuduh iaitu Abdul Jalil Mohammad Hassan, 52, yang tidak bekerja; pengendali bot Mohd Nasir Muhammad, 34; dan pembantu kedai runcit Darwin Kembal, 32, masing-masing menghadapi tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu, juga bagi tujuan mendapatkan sebut harga menyewa dan menguruskan kantin sekolah.
Kesemua mereka dituduh di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM10,000 oleh seorang penjamin tempatan bagi setiap tertuduh dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 2 Dis ini bagi Mohd Hafiz dan Mohd Nasir, manakala yang lain ditetapkan pada 1 Dis ini.
Pegawai Pendakwa Rekhraj Jaswant Singh mengendalikan pendakwaan manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 09 2022
![Lima lelaki didakwa guna dokumen palsu dapatkan sebut harga urus kantin Lima lelaki didakwa guna dokumen palsu dapatkan sebut harga urus kantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662109303_courtgavelmahkam.jpg)
Kesemua mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat atas pertuduhan masing-masing yang dilakukan di Pejabat Pendidikan Daerah Semporna pada 2017. - Gambar hiasan
![PM Anwar tekad pastikan persekitaran sekolah baik, terurus PM Anwar tekad pastikan persekitaran sekolah baik, terurus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721438703_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar tekad pastikan persekitaran sekolah baik, terurus
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad memastikan persekitaran sekolah di seluruh negara sentiasa berada dalam keadaan baik.
4 lelaki ditahan bergaduh, lepas tembakan di pusat hiburan
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, dalam kejadian pada jam 3.45 pagi itu, sekumpulan lelaki tempatan bersenjatakan pistol dan parang dilaporkan bergaduh selain turut dilaporkan melepaskan tembakan.
Mangsa banjir dua daerah di Perak menurun kepada 114 orang
Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Perak menurun kepada 114 orang daripada 38 keluarga pada tengah malam Sabtu, berbanding 123 daripada 41 keluarga di sebelah tengahari.
M Nasir rai ulang tahun kelahiran PM Anwar di konsert Cipta
Ribuan peminat yang terpukau dengan alunan merdu suara penghibur tersohor berkenaan yang telah mendendangkan beberapa lagu sebelum itu tidak melepaskan peluang turut sama menyanyikan lagu tersebut buat Perdana Menteri.
Mohamad ke Brunei sempena EOL-25 bermula hari ini hingga 12 Ogos
Wisma Putra dalam satu kenyataan menjelaskan, mesyuarat EOL merupakan mekanisme dua hala yang dipengerusikan bersama Mohamad dan rakan sejawatnya Datuk Seri Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof.
Masyarakat Orang Asli Kuala Betis derita jalan rosak akibat lori balak
Lebih 40 tahun, masyarakat Orang Asli Kuala Betis terpaksa berkongsi jalan utama dengan lori balak, menyebabkan jalan rosak teruk dan membahayakan keselamatan penduduk.
![Ramai mangsa melecur teruk, hilang anggota badan dalam serangan di sekolah Gaza Ramai mangsa melecur teruk, hilang anggota badan dalam serangan di sekolah Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Ramai mangsa melecur teruk, hilang anggota badan dalam serangan di sekolah Gaza
Bilangan kematian dijangka meningkat kerana ramai mangsa berada dalam keadaan kritikal di bilik pembedahan hospital.
![Olimpik Paris 2024: Lin Yu Ting menang emas tinju kategori 57kg wanita Olimpik Paris 2024: Lin Yu Ting menang emas tinju kategori 57kg wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723343334_LinYuting.jpg)
Olimpik Paris 2024: Lin Yu Ting menang emas tinju kategori 57kg wanita
Peninju dari Taiwan itu menewaskan lawannya dari Poland dengan keputusan sebulat suara dalam pertarungan yang berlangsung di Roland Garros.
![Pemandu gagal selenggara kenderaan keluarkan asap hitam dikompaun Pemandu gagal selenggara kenderaan keluarkan asap hitam dikompaun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723343127_JASKompaun.jpg)
Pemandu gagal selenggara kenderaan keluarkan asap hitam dikompaun
Ops bersepadu ini akan terus dijalankan oleh JAS di seluruh daerah bagi memastikan kualiti udara di negeri ini terpelihara.
![Olimpik Paris 2024: Terima kasih atas segalanya - Nicol David Olimpik Paris 2024: Terima kasih atas segalanya - Nicol David](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723342491_AzizulhasniAwang.jpg)
Olimpik Paris 2024: Terima kasih atas segalanya - Nicol David
Bekas atlet negara itu tidak mahu orang ramai menyalahkan kesilapan yang dilakukan sebaliknya mengirimkan tanda positif.
![Bekas pengerusi syarikat didakwa subahat guna dokumen palsu Bekas pengerusi syarikat didakwa subahat guna dokumen palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715754502_GIIBHoldingsBerhad.jpg)
Bekas pengerusi syarikat didakwa subahat guna dokumen palsu
Bekas pengerusi syarikat pengeluar getah, GIIB Holdings Berhad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan bersubahat menggunakan dokumen palsu.
![Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715668963_TBCourtHammer.jpg)
Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu
Seorang ahli peniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan pada Jun tahun lepas.
![Kontraktor mengaku salah lima pertuduhan menipu, didenda RM30,000 dan penjara sehari Kontraktor mengaku salah lima pertuduhan menipu, didenda RM30,000 dan penjara sehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Kontraktor mengaku salah lima pertuduhan menipu, didenda RM30,000 dan penjara sehari
Seorang kontraktor didenda RM30,000 dan satu hari penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berhubung kerja baik pulih rum
![Lelaki didenda RM4,000 guna dokumen palsu mohon bantuan PPRT Lelaki didenda RM4,000 guna dokumen palsu mohon bantuan PPRT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Lelaki didenda RM4,000 guna dokumen palsu mohon bantuan PPRT
Yushafiszam Yusof, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Mohd Azhar Othman hari ini.
![SPRM tahan bapa, anak, disyaki guna dokumen palsu bekal minyak masak SPRM tahan bapa, anak, disyaki guna dokumen palsu bekal minyak masak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51709021401_SPRMLogoSPRM.jpg)
SPRM tahan bapa, anak, disyaki guna dokumen palsu bekal minyak masak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan dua lelaki selepas disyaki menggunakan dokumen palsu bagi tujuan pembekalan minyak masak, empat tahun lepas.
![Tiga pemilik syarikat mengaku salah guna dokumen palsu bagi kurangkan duti import kereta Tiga pemilik syarikat mengaku salah guna dokumen palsu bagi kurangkan duti import kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51706769751_TBdutikeretaimport.jpg)
Tiga pemilik syarikat mengaku salah guna dokumen palsu bagi kurangkan duti import kereta
Tiga pemilik syarikat mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan pengurangan duti kereta mewah.
![Jual bayi: Bekas pembantu tadbir dihukum penjara lima tahun, denda RM90,000 Jual bayi: Bekas pembantu tadbir dihukum penjara lima tahun, denda RM90,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689054856_courtgavelmahkam.jpg)
Jual bayi: Bekas pembantu tadbir dihukum penjara lima tahun, denda RM90,000
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM90,000 terhadap seorang wanita yang didapati bersalah memperdagang bayi lelaki.
![Didenda RM48,000 tipu tuntutan Program Penjana Kerjaya Didenda RM48,000 tipu tuntutan Program Penjana Kerjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705658256_TBMAHKAMAHKUALAL.jpg)
Didenda RM48,000 tipu tuntutan Program Penjana Kerjaya
Tertuduh didenda kerana mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM10,000, tiga tahun lepas.
![Bekas Ketua Srikandi Bersatu Terengganu didenda palsukan dokumen Bekas Ketua Srikandi Bersatu Terengganu didenda palsukan dokumen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704703657_TBRoslilawatiMukh.jpg)
Bekas Ketua Srikandi Bersatu Terengganu didenda palsukan dokumen
Bekas ketua Srikandi Bersatu Terengganu didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, selepas mengaku bersalah memalsukan dokumen berkaitan program "Kembali ke Sekolah", empat tahun lepas.
![Dua individu mengaku salah palsukan hak milik tanah Dua individu mengaku salah palsukan hak milik tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688715047_courtgavelmahkam.jpg)
Dua individu mengaku salah palsukan hak milik tanah
Tiga individu didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi tujuan penukaran hak milik tanah.