KUANTAN: Seorang wanita pekerja kilang keropok ikan hancur lima jari selepas tangan kirinya tersangkut pada mesin pengisar dalam kejadian di Kampung Chendor pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 20 tahun sedang melakukan tugasan rutin di kilang menghasilkan keropok menggunakan mesin pengisar.
Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, sepasukan pegawai dan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu.
"Enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba Kemaman segera dikerahkan ke lokasi insiden terbabit.
"Mereka kemudiannya dibantu tujuh lagi pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng mengeluarkan mesin pengisar dari tapak asal dalam kilang terbabit memandangkan operasi mengeluarkan tangan mangsa sukar dilakukan di kilang itu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau memaklumkan, mangsa mengalami pendarahan teruk dan terpaksa dihantar ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan rawatan segera.
Ismail berkata, pasukan perubatan Hospital Kemaman terpaksa membius mangsa bagi memudahkan proses mengeluarkan tangan mangsa dari mesin pengisar berkenaan.
"Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil sebaik proses itu selesai dan kini sedang mendapat rawatan susulan di hospital terbabit," ujarnya.
Artikel asal di Sinar Harian: Lima jari tangan wanita hancur tersangkut mesin pengisar
Sinar Harian
Sat May 15 2021
Mesin pengisar yang telah ditanggalkan dalam usaha mengeluarkan tangan mangsa. -Foto Sinar Harian
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
2 maut motosikal terbabas, langgar pembahagi lebuh raya
Dalam nahas kira-kira jam 5.20 petang, penunggang motosikal itu yang juga lelaki tempatan berusia 28 tahun dan pembonceng wanita warga Singapura berumur 29 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.
Nilai syarikat Apple hampiri angka AS$4 trilion
Peningkatan saham kebelakangan ini dilihat selari dengan fokus Apple dalam arena kecerdasan buatan melalui Apple Intelligence.
AWANI Ringkas: Duti anti lambakan terhadap import besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima jari tangan wanita hancur tersangkut mesin pengisar
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 20 tahun sedang melakukan tugasan rutin di kilang menghasilkan keropok menggunakan mesin pengisar.
Tiga jari hancur angkara mercun bola
Anak saudaranya itu tidak menangis sebaliknya hanya mengucapkan 'Subhanallah, Subhanallah' berulang kali sehingga sampai ke rumah dengan bantuan rakan-rakannya.