Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) 2013 kini diiktiraf sebagai pameran pertahanan yang ketiga terbesar di dunia, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata LIMA 2013 kini di tempat ketiga selepas Pertunjukan Udara Farnborough di United Kingdom dan Pertunjukan Udara Paris di Lapangan Terbang Le Bourget.
Ahmad Zahid juga meminta pihak yang memperkecil LIMA dengan dakwaan kononnya pameran itu semakin tidak mendapat sambutan serta jumlah aset pertahanan seperti kapal terbang dan kapal perang yang hadir semakin kurang, supaya datang sendiri ke pameran berkenaan pada masa akan datang.
"LIMA kita unik pasal di tempat lain mereka pisahkan pameran udara dan maritim, tetapi di sini, kita gabungkan aeroangkasa dan maritim sekali, ini adalah kejayaan yang cukup besar negara kita," katanya kepada pemberita pada majlis penutup LIMA 2013.
Pameran LIMA, antara lain, menghimpunkan pembuat keputusan pertahanan dan perdagangan serta pemain utama industri pertahanan.
Ahmad Zahid berkata matlamat LIMA 2013 sudah tercapai dan pameran itu mencatat kehadiran lebih 40,000 pelawat profesional serta pedagang selain menarik 632 petugas media iaitu 337 tempatan dan 295 antarabangsa.
Jumlah pengunjung, termasuk penduduk tempatan dan pelancong, yang menghadiri LIMA ialah 180,000 orang.
Pertunjukan Udara Farnborough tahun lepas menarik 100,000 pelawat profesional dan pedagang serta 109,000 pengunjung tempatan.
Beliau mengakui ruang dalaman Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri kini agak sempit dan perlu diperluas bagi menampung jumlah pempamer yang semakin bertambah sehingga menyaksikan perasmian LIMA oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin terpaksa dilakukan di tarmac.
"Pusat ini akan dinaik taraf sepenuhnya kelak dan kerajaan telah membelanjakan RM25 juta untuk kerja naik taraf serta meningkatkan kemudahannya dalam fasa pertama tahun ini", katanya.
Bernama
Sat Mar 30 2013
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Banjir: Terengganu sedia hadapi sebarang kemungkinan
Kesemua agensi yang berkaitan sudah melakukan persiapan bagi menghadapi banjir setiap kali musim tengkujuh khususnya di daerah Kemaman.
Tunjuk perasaan 2013: 75 terima hukuman mati, 47 penjara seumur hidup
Mereka didakwa terbabit dalam tunjuk perasaan menyokong presiden yang digulingkan pada 2013, Mohammed Morsi.
Puluhan rakyat Syria terbunuh dalam serangan bom di Damsyik
Dalam serangan tersebut, sekurang-kurangya 77 rakyat Syria terbunuh termasuk 20 kanak-kanak selepas serangan bom dan kebakaran roket pada Isnin, kata Pemerhati Hak Asasi Syria.
Malaysia jangka aliran masuk pelaburan ICT meningkat pada 2015 - MDeC
Malaysia menjangka aliran masuk pelaburan yang banyak bagi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada tahun depan berikutan pembiayaan berterusan dalam pengembangan infrastruktur.
Kos Mahkamah Kuantan terlebih RM19.56 juta dari asal - Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua Audit Negara 2013 mendapati, kompleks tersebut lewat disiapkan selama 560 hari disebabkan perancangan yang lemah dari aspek reka bentuk dan skop kerja.
Analisis Awani: 2013 menyaksikan kematangan rakyat
Tahun 2013 secara keseluruhannya boleh dilihat sebagai ujian kepada dunia politik Malaysia dan tahun 2014 dianggap sebagai tahun penyembuhan (The Healing Year) untuk negara.
Kaji keputusan untuk kurangkan bebanan rakyat - GMM
Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) hari ini menyeru kerajaan supaya mengkaji semula sesetengah keputusan yang dibuat supaya ia tidak menambahkan lagi kesusahan kepada rakyat.
Jangan biar kucing temani tahun baru anda!
10 acara dan agenda bajet rendah yang boleh dilakukan untuk tahun baru.
2013: 10 kes jenayah, tragedi dan bencana di Malaysia
Tahun 2013 mencatatkan pelbagai kisah-kisah jenayah, tragedi dan bencana.
2013: Tahun ibu segala pilihan raya
Tahun 2013 merupakan antara tahun penting dalam perjalanan proses demokrasi di negara ini apabila PRU13 diadakan.