Polis memburu lima lelaki yang dipercayai menyerang dan memukul seorang penyokong bola sepak Pulau Pinang susulan kekecohan yang berlaku di Stadium Bandaraya di George Town malam Sabtu.
Kelima-lima lelaki dipercayai penyokong salah satu pasukan itu didakwa telah memukul seorang remaja berusia 18 tahun pada jam 12.25 tengah malam selepas menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Pulau Pinang dan Perak .
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, berkata, berdasarkan laporan yang diterima polis, remaja berkenaan mendakwa diserang sekumpulan lima lelaki disyaki penyokong lawan ketika memberhentikan motosikal berdekatan stesen minyak berhampiran Stadium Bandaraya sewaktu dalam perjalanan pulang selepas menonton perlawanan tersebut.
Mangsa mendakwa ditumbuk di bahagian muka oleh salah seorang suspek sehingga mengalami luka di bahagian hidung, mata kiri dan kepala sebelum lari menyelamatkan diri.
Mangsa dikatakan tidak mengenali semua suspek yang memakai baju berwarna hitam itu tetapi mendakwa boleh mengecam wajah suspek sekiranya bertemu sekali lagi.
Mangsa turut mendakwa tidak terlibat dalam kekecohan di stadium sebaliknya hanya melihat kejadian tersebut.
Sementara itu, Che Zaimani berkata siasatan awal juga mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Pada perlawanan saingan Piala Malaysia 2019 yang berlangsung malam Sabtu menyaksikan pasukan Pulau Pinang dan Perak berkesudahan seri 1-1.
Bagaimanapun selepas perlawanan berakhir suasana di dalam dan luar stadium bertukar kecoh dipercayai disebabkan rasa tidak puas hati kedua-dua penyokong apabila peminat pasukan saling berbalas membaling botol air sehingga memaksa pasukan polis hadir mengawal keadaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Aug 25 2019
Polis berkata siasatan awal juga mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Lima diburu susulan insiden penyokong bola sepak P. Pinang diserang
Polis memburu lima lelaki yang dipercayai menyerang dan memukul seorang penyokong bola sepak Pulau Pinang susulan kekecohan yang berlaku di Stadium Bandaraya di George Town malam Sabtu.