Tidak sampai seminggu selepas media mendedahkan kehidupan lima beranak miskin yang tinggal di bangsal usang di Kampung Bukit Gajah, Jalan Industri di sini, akhirnya impian mereka untuk menduduki rumah baharu tercapai selepas Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) menyumbangkan sebuah rumah.
Mereka mula berpindah ke rumah baharu yang terletak di Kampung Tanah Puteh di sini pada Ahad, sebaik menerima kunci rumah daripada rombongan MAIK ketika melawat bangsal usang keluarga terbabit pagi semalam (Sabtu).
Haida Abdullah, 32, menyifatkan bantuan rumah baharu itu merupakan rahmat Ramadan dan sekali gus dapatlah keluarganya menyambut Aidilfitri nanti dalam keadaan selesa selepas kisah kemiskinan hidupnya disiarkan dan mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk MAIK.
"Sungguh terkejut bagi kami sekeluarga hanya tak sampai seminggu kisah hidup keluargaya tinggal di bangsal usang akhirnya kami menerima kunci rumah MAIK untuk perpindahan segera," katanya ketika ditemui di rumah baharunya hari ini.
Haida berkata, keluarganya tidak pernah bermimpi untuk tinggal di rumah baharu sumbangan MAIK itu dalam masa yang singkat dan mungkin rumah itu sudah lama siap dibina selepas diagihkan kepada mangsa banjir besar Disember 2014.
Beliau mengakui keluarganya terpaksa tinggal di .bangsal usang sejak setahun lalu kerana tidak mampu membayar rumah sewa berikutan suaminya, Auseng Ngoh, 35, yang mengambil upah menoreh getah hanya menperoleh pendapatan sekitar RM500 sebulan.
Katanya, perbelanjaannya juga terpaksa dijimatkan bagi persekolahan tiga anaknya berumur tujuh hingga 12 tahun, itu pun kadangkala tidak dapat ke sekolah kerana habis wang belanja.
"Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak termasuk orang perseorangan, badan bukan kerajaan (NGO), guru dan kakitangan kerajaan yang menghulurkan pelbagai sumbangan bagi meringankan beban kami.
"Lebih bernilai lagi bantuan rumah oleh MAIK ini kerana dapat memberi kehidupan kami lebih selesa sampai bila-bila," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2019
Pasangan suami isteri Auseng Ngoh, 35, (kanan) dan Haida Abdullah, 32, bersama tiga anak mereka Muhamad Hafiz Haika, 12, Nur Asyikin, 11, dan Muhammad Syawal Fitri, 7, di hadapan rumah baharu mereka. - Bernama
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.