AMPANG: Seramai lima individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi dua buah kereta yang diletakkan di tepi jalan Bandar Baru Ampang di sini Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, hasil risikan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menahan seorang peniaga berusia 42 tahun di Ampang pada Ahad.
"Hasil soal siasat ke atas suspek lelaki itu, kita telah pergi ke sebuah premis jual besi buruk di Kuala Lumpur.
"Kita merampas dua buah kereta jenis Mitsubishi Galant dan Mitsubishi Tredia yang disyaki dicuri, sebuah lori dan beberapa barang berkaitan kejadian curi kenderaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohamad Farouk berkata, susulan daripada serbuan itu, pihaknya menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 40 tahun secara berasingan di Jinjang, Wangsa Maju dan Ampang pada hari sama.
"Modus operandi kumpulan itu adalah mencari kereta-kereta lama kemudian ditarik dan dijual untuk dijadikan besi buruk," katanya.
Beliau berkata, hasil semakan mendapati dua daripada lima suspek itu masing-masing mempunyai lapan dan dua rekod lampau berkaitan dadah.
"Kesemua suspek ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," ujarnya.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 22 2022

Seramai lima individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi dua buah kereta yang diletakkan di tepi jalan Bandar Baru Ampang di sini Sabtu. -Gambar hiasan
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Dua maut langgar belakang lori kontena
Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di ruang hadapan kereta.

Lima ahli geng curi kereta lama diberkas
Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 40 tahun secara berasingan di Jinjang, Wangsa Maju dan Ampang pada hari sama.