Episod jejak kasih kali ini mempertemukan semula perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan 'anak emasnya' yang lahir pada 1991 di Langkawi, yang bernama LIMA.
Kali terakhir LIMA dilihat dipimpini 'bapanya' adalah pada tahun 2003, sebelum Dr. Mahathir meninggalkan dunia politik dan LIMA diletakkan di bawah jagaan 'bapa-bapa angkatnya'.
16 tahun berlalu, jasad dan semangat Dr. Mahathir kembali melangkah di dunia permainan takhta untuk dipertemukan kembali dengan LIMA yang bertakhta di hatinya. Dengan pakaian sama, warna yang sama, cuma corak yang berbeza.
Apalah agaknya rasa di dada Dr. Mahathir? Mungkin rindu, mungkin risau dengan pandangan pertama dua mata dengan 'anaknya' itu yang ditinggalkan sekian lama. Apa mungkin semakin gemilang atau sebaliknya?
Inilah gambarannya tentang Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA 2019) yang akan kembali dirasmikan oleh Dr. Mahathir hari ini 26 Mac 2019.
Dr. Mahathir mencetuskan penganjurannya pada 1991 dengan hasrat menyediakan tempat untuk pesawat ringan dan experimental terbang di luar kesesakan trafik udara dengan bebas, inspirasi daripada EAA Air Venture di Amerika Syarikat.
Ketika itu, hanya lebih sedikit daripada 100 penyertaan diterima untuk membentuk acara itu, yang juga diilhamkan sebagai antara usaha Tun Mahathir yang melihat potensi Langkawi yang sudah masyhur kisah legenda Mahsuri dan kekayaan alamnya untuk dibangunkan lebih besar.
Tahun ini, LIMA pada penganjurannya yang ke-15 menampilkan 406 syarikat dari 32 buah negara, 206 syarikat tempatan dan 200 syarikat luar negara, dan dikenali reputasinya sebagai pameran maritim dan aeroangkasa terbesar di rantau Asia Tenggara.
Di sinilah manusia berkumpul untuk menyaksikan lebih dekat bagaimana aset-aset ketenteraan udara dan laut, yang kebanyakan harinya habis di dalam hangar dan di dermaga, beraksi di depan mata kepala mereka.
Edisi 2003 menjadi LIMA terakhir yang Dr. Mahathir, sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai pegawai nombor satu negara dan LIMA dikendalikan di bawah pimpinan Perdana Menteri seterusnya.
Hari ini, Dr. Mahathir kembali memimpin negara selepas tarikh bersejarah 9 Mei 2018, membolehkan beliau kembali menjejakkan kakinya yang berusia hampir 94 tahun itu ke tarmac Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi untuk merasmikan pameran dwi-tahunan itu.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menjanjikan kelainan dan berazam untuk melihat LIMA 2019 sebagai yang paling hebat dalam sejarah.
Katanya tidak seperti LIMA terdahulu yang menumpukan semata-mata keselamatan dan pertahanan negara, fokus penganjurannya kali ini akan turut terarah kepada industri pengangkutan dan syarikat awam.
Sekuriti amat penting dalam apapun medium pengangkutan, terutamanya di udara dan air dan kedua-duanya perlu saling diperkasa sebagai roh teras untuk membolehkan Malaysia dianggap sebagai hab aeroangkasa utama rantau ini menjelang 2030.
Kementerian Pengangkutan akan meneraju Pavilion Komersial di atas tapak berkeluasan 462 kaki persegi, menempatkan syarikat-syarikat di bawah payungnya juga agensi-agensi tempatan lain.
Walaupun menyaksikan penyertaan berkurangan berbanding 555 syarikat dari 36 buah negara pada penganjuran 2017, ia tidak menjadi kerisauan buat Mohamad apabila ia dilihat masih disertai pemain besar industri.
Turki menjadi pempamer terbesar, diikuti United Kingdom, Perancis, Jepun dalam pavilion kecil, pavilion China dan Rusia sebelah-menyebelah di Dewan A sementara pavilion Amerika Syarikat jauh di hujung lorong Dewan C.
Pentas LIMA 2019 juga menampilkan buat pertama kalinya dalam sejarah penganjuran menerima penyertaan 12 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terlibat dalam pembuatan komponen dan perkhidmatan industri aeroangkasa dan maritim.
Mereka dibawa kepada pasaran yang lebih besar untuk belajar daripada pemain industri, pada masa sama ‘abang-abang besar’ juga boleh meneroka potensi kecil pada PKS tempatan untuk diperbesarkan.
Saban tahun, LIMA sedikit demi sedikit menerima suntikan daripada penjaganya untuk menjadikannya lebih ‘tampan’ dan ‘kuat’.
Dan Dr. Mahathir akan kembali bersemuka dengan LIMA selepas 15 tahun, untuk melihat sama ada ‘anak’nya itu berada pada landasan tepat menuju ke-majuan atau tersimpang ke-lautan.
*LIMA 2019 berlangsung dari 26 hingga 30 Mac (Terbuka khusus untuk delegasi dan pelawat perdagangan dari 26-28 Mac dan dibuka kepada khalayak umum pada 29 dan 30 Mac). Bertempat di MIEC dan Resort World Langkawi.
Israr Khalid
Mon Mar 25 2019

Tahun ini, LIMA pada penganjurannya yang ke-15 menampilkan 406 syarikat dari 32 buah negara, 206 syarikat tempatan dan 200 syarikat luar negara. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

LIMA 2019: Dr. Mahathir kembali lawat 'anak emasnya' di Langkawi
Perdana Menteri akan kembali merasmikan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) selepas kali terakhir pada 2003.