KUALA LUMPUR: Presiden dan pengasas LimKokWing University of Creative Technology, Tan Sri Lim Kok Wing dilaporkan meninggal dunia pada usia 75 tahun pada Selasa.
LimKokWing University of Creative Technology dalam satu kenyataan pada Selasa mengesahkan perkara ini.
"Seorang yang bersifat visionary, karier Tan Sri cukup besar dan sinonim dengan kreativiti yang telah membantu inovasi dan pendidikan global terutamanya di negara yang sedang membangun.
Punca kematian masih belum dapat dikenal pasti.
Sementara itu lapor Bernama, anak-anak Lim, Lim Kok Wing Jr dan Datuk Tiffanee Marie Lim dalam satu kenyataan menyifatkan bapa mereka sebagai seorang yang hebat dengan wawasan yang membantu meletakkan Malaysia di peta pendidikan global.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua atas ucapan takziah. Kami sangat sedih atas pemergiannya," kata mereka.
Mereka juga memohon agar diberi ruang tanpa gangguan untuk meratapi pemergian mendiang bapa mereka.
Tokoh perniagaan itu sebelum ini dilaporkan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan selepas terjatuh di kediamannya.
Astro Awani
Tue Jun 01 2021
Lim Kok Wing dikenali sebagai tokoh akademik yang disegani di dalam dan luar negara. - Foto Astro AWANI
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Lim Kok Wing meninggal dunia
Tokoh pendidikan LimKokWing, Tan Sri Lim Kok Wing dilaporkan meninggal dunia pada Selasa.