Menteri Kewangan Lim Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, dan ahli perniagaan Phang Li Koon dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.
Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail melepaskan dan membebaskan Lim, 58, dan Phang, 46, berikutan permohonan peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Lim, dan Datuk V.Sithambaram serta Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Phang, supaya anak guam mereka dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan itu.
Hadhariah berkata beliau tidak bersetuju dengan permohonan pihak pendakwaan supaya pertuduhan itu ditarik balik dan kedua-dua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).
"Pertuduhan tidak boleh dibiarkan tergantung terhadap tertuduh selama tempoh yang tidak terbatas. Perlu ada penamat dalam kes ini. Saya tidak dapat bersetuju dengan pihak pendakwaan. kami tidak mengendalikan kes secara bersiri. Mesti ada noktah, tiada koma, koma, terutamanya dalam kes jenayah.
"Setelah mengkaji keseluruhan kes dan masa yang begitu lama untuk mendapatkan keputusan, oleh itu saya perintahkan kedua-dua tertuduh dilepaskan dan dibebaskan," katanya.
Sebelum beliau menyampaikan keputusan, Hadhariah berkata setakat ini, pihak pendakwaan telah memanggil 25 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes berkenaan pada Mac lepas dan kini dalam bulan September, pihak pendakwaan memohon supaya kes itu DNAA.
"Selepas enam bulan nanti mungkin pendakwaan akan memanggil saksi lain. Tidak wujud perkara seperti ini terutamanya dalam kes berkepentingan awam. Jika pendakwaan mohon untuk DNAA, mahkamah juga tidak boleh tutup kes," katanya.
Sebaik sahaja mahkamah menyampaikan keputusannya, Lim dan Phang dilihat saling berpelukan di dalam kandang tertuduh. Mahkamah penuh sesak dengan penyokong Lim dan anggota keluarga Phang.
Pada awal prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah.
"Pihak pendakwaan telah menerima representasi oleh kedua-dua tertuduh dan selepas meneliti, pendakwaan menarik balik pertuduhan berdasarkan tuntutan undang-undang di bawah Seksyen 254 yang mana peruntukan ini berjumlah kepada pembebasan tanpa dilepaskan," katanya.
DNAA bermakna, pihak pendakwaan boleh meneruskan pertuduhan yang sama terhadap tertuduh.
Ramkarpal berhujah pihak pendakwaan tidak boleh menamatkan kes itu hari ini dan meneruskannya di kemudian hari oleh sebab kes itu perlu ada penamatnya.
Beliau berkata pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan kes berkenaan dan perintah sewajarnya yang perlu dikeluarkan oleh mahkamah adalah untuk anak guamnya dibebaskan sepenuhnya.
"Apabila pendakwaan tidak mahu meneruskan kes ini, perintah yang sewajarnya adalah untuk tertuduh dibebaskan dan bukan DNAA," katanya.
Sithambaram juga berkata mahkamah tidak boleh mendakwa tertuduh secara bersiri dan perlu ada penamat dalam kes itu.
"Hari ini pendakwaan memohon bagi DNAA dan dua atau tiga bulan kemudian pendakwaan boleh mengemukakan (semula) pertuduhan terhadap tertuduh dan ini akan menjadi mimpi ngeri kepada tertuduh," katanya, dan mempersoalkan permohonan pendakwaan bagi DNAA oleh sebab mereka tidak mahu meneruskan kes itu.
Pada 30 Julai, Hadhariah menetapkan 3 Sept sebagai tarikh akhir bagi Jabatan Peguam Negara untuk memaklumkan kepada mahkamah keputusan representasi oleh Lim dan Phang selepas pendakwaan memaklumkan mereka memerlukan masa sebulan untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.
Pada 9 April, perbicaraan kes itu ditangguhkan oleh sebab Lim perlu membuat persediaan bagi Pilihan Raya Umum ke-14, sungguhpun pendakwaan membantah penangguhan itu. Mahkamah kemudian menetapkan 21 Mei untuk pengurusan kes.
Bagaimanapun, pada 21 Mei, selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum, peguam bagi Lim dan Phang memberitahu mahkamah mereka akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan pertuduhan terhadap anak guam mereka.
Setakat ini, perbicaraan kes itu hanya mengambil masa dua hari iaitu pada 26 dan 27 Mac, setelah pendakwaan memohon penangguhan kerana Lim dan peguam beliau ketika itu, Gobind Singh Deo, yang kini Menteri Komunikasi dan Multimedia, perlu menghadiri pembentangan usul berkaitan persempadanan semula kawasan pilihan raya selain Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar 2018.
Sehingga kini, pendakwaan telah memanggil 25 saksi, dan dijangka memanggil 29 orang lagi.
Bagi pertuduhan pertama, Lim didakwa menggunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.
Beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.
Pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda hingga lima kali jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Lim juga menghadapi pertuduhan kedua iaitu menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan bagi dirinya satu lot tanah dan sebuah banglo di No 25, Jalan Pinhorn, George Town pada 28 Julai, 2015 daripada Phang pada harga RM2.8 juta, harga yang beliau dakwa beliau tahu tidak sepadan dengan nilai pasaran hartanah berkenaan ketika itu iaitu RM4.27 juta.
Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Phang pula didakwa bersubahat dengan Lim dalam mendapatkan banglo berkenaan pada harga bawah nilai sebenar.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat dan pada tarikh sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama-sama Seksyen 165, memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 03 2018
![Lim dan Phang bebas daripada pertuduhan rasuah Lim dan Phang bebas daripada pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41536096150_limguaneng.jpg)
Lim bersalaman dengan Phang selepas dilepaskan dan dibebaskan oleh hakim di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran. --fotoBERNAMA
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KKR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Ratusan peguam berhimpun, serah memorandum tuntut badan kehakiman bebas Ratusan peguam berhimpun, serah memorandum tuntut badan kehakiman bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655449197_TBPEGUAM.jpg)
Ratusan peguam berhimpun, serah memorandum tuntut badan kehakiman bebas
Ratusan peguam berhimpun menyertai Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman anjuran Badan Peguam Malaysia pada Jumaat.
![PRN Sarawak: Keanggotaan tiga ahli Bersatu tanding atas tiket bebas gugur secara automatik PRN Sarawak: Keanggotaan tiga ahli Bersatu tanding atas tiket bebas gugur secara automatik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639361396_RickyEnteriSikiB.jpg)
PRN Sarawak: Keanggotaan tiga ahli Bersatu tanding atas tiket bebas gugur secara automatik
Mereka ialah Siki Balarik di kerusi DUN Belaga, Ricky Enteri (DUN Bawang Assan) dan Ismawi Muhammad (DUN Muara Tuang).
![Saya bersama Pakatan Harapan - Maszlee Malik Saya bersama Pakatan Harapan - Maszlee Malik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604294754_DrMaszleeMalik.jpg)
"Saya bersama Pakatan Harapan" - Maszlee Malik
Maszlee berkata, beliau masih Ahli Parlimen Bebas, biarpun tular gambarnya menyertai sidang mesyuarat video bersama Ahli-ahli Parlimen PKR.
![Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas untuk tujuan komersial - Ismail Sabri Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas untuk tujuan komersial - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607613463_LautChinaSelatan.jpg)
Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas untuk tujuan komersial - Ismail Sabri
Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas dan selamat untuk tujuan komersial tanpa sebarang aktiviti ketenteraan atau dijadikan sebagai medan konflik persaingan kuasa-kuasa besar.
![Maszlee Malik umum tarik diri daripada Pejuang Maszlee Malik umum tarik diri daripada Pejuang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602830271_TBMASZLEEMALIK.jpg)
Maszlee Malik umum tarik diri daripada Pejuang
Maszlee Malik umum tarik diri daripada parti Pejuang, ikrar teruskan usaha dalam gerakan perubahan pendidikan melalui kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Bebas.
![Osman Sapian masih ahli Bersatu - Setiausaha Agung Osman Sapian masih ahli Bersatu - Setiausaha Agung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/51594700059_HamzahZainuddin.jpg)
Osman Sapian masih ahli Bersatu - Setiausaha Agung
Osman hanya akan dipanggil untuk menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini.
![13 banduan penjara seumur hidup dikurnia pengampunan Yang di-Pertuan Agong 13 banduan penjara seumur hidup dikurnia pengampunan Yang di-Pertuan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/51580547974_Agong.jpg)
13 banduan penjara seumur hidup dikurnia pengampunan Yang di-Pertuan Agong
Hari Kemerdekaan ke-63 amat bermakna buat 13 banduan yang dipenjarakan seumur hidup pada 2001 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila dibebaskan atas pengampunan Yang Di-pertuan Agong
![Slim Memilih: Tun M pesan calon jangan 'lompat' kerana duit Slim Memilih: Tun M pesan calon jangan 'lompat' kerana duit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598533856_BekasPerdanaMenter.jpg)
Slim Memilih: Tun M pesan calon jangan 'lompat' kerana duit
Bekas Perdana Menteri itu menitipkan pesanan kepada Amir Khusyairi agar tidak 'menjual diri' kerana wang.
![Slim Memilih: Penduduk Orang Asli harap jambatan 'usang' dibaik pulih Slim Memilih: Penduduk Orang Asli harap jambatan 'usang' dibaik pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51597802878_OrangAslijambatan.jpg)
Slim Memilih: Penduduk Orang Asli harap jambatan 'usang' dibaik pulih
Jambatan yang menghubungkan kampung Changkat Ramu dan Buloh Seruas itu digunakan penduduk setempat sejak tahun 1980-an lagi.
![Chini Memilih: SPR keluarkan 156 kertas undi pos - Pengerusi SPR Chini Memilih: SPR keluarkan 156 kertas undi pos - Pengerusi SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81551505900_PRK.jpg)
Chini Memilih: SPR keluarkan 156 kertas undi pos - Pengerusi SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 156 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada Ahad.