Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sentiasa menambah baik sistem penyampaian perkhidmatannya melalui reformasi sistem percukaian daripada sistem taksiran formal kepada sistem taksir sendiri (STS) bermula tahun taksiran 2001 dan 2004 bagi pembayar cukai syarikat dan selain syarikat termasuk individu.
LHDN dalam kenyataan semalam berkata, selaras dengan pengenalan STS, pihaknya telah memperkenalkan sistem e-Filing dan ByrHasil bagi memudahkan urusan pembayar cukai untuk mengisytiharkan pendapatan dan membuat bayaran cukai.
"Menerusi e-Filing, pembayar cukai hanya perlu mengisytiharkan pendapatan mereka dan membuat pengiraan amaun cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan tanpa perlu mengemukakan sebarang resit mahupun dokumen sokongan.
"Resit dan dokumen sokongan hanya dikemukakan kepada LHDN apabila diperlukan untuk melengkapkan proses audit cukai dengan mengemukakan secara dalam talian melalui e-mel," menurut kenyataan LHDN.
Kenyataan itu merujuk kepada laporan akhbar bertajuk 'Inland Revenue Board (IRB) Needs Better System' (LHDN Memerlukan Sistem Yang Lebih Baik) baru-baru ini yang memetik Presiden Kesatuan Kongres Sekerja Malaysia (MTUC) Abdul Halim Mansor.
Menurut kenyataan LHDN lagi, sistem e-Filing juga telah ditambah baik menerusi pengenalan sistem e-Permohonan Pindaan BE yang membolehkan pembayar cukai individu membuat pindaan atas kesilapan pengisian Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).
Portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my sentiasa dikemas kini dengan memuatkan maklumat bersesuaian seperti kaedah pengiraan cukai dan hak-hak pembayar cukai dan sehingga kini telah menyediakan akses kepada 15 jenis perkhidmatan dalam talian (ezHasil) bagi memudahkan urusan percukaian orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2017
LHDN) sentiasa menambah baik sistem penyampaian perkhidmatannya melalui reformasi sistem percukaian daripada sistem taksiran formal kepada sistem taksir sendiri (STS). -Gambar fail
KDN sahkan seorang anggota polis ditahan kes tembakan di Song
Saifuddin Nasution dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengenai penglibatan anggota polis dalam insiden tersebut semasa lawatannya ke Sarawak.
AWANI Ringkas: Kerajan beri tumpuan tatakelola basmi kemiskinan - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] GISB: Siasatan kini libatkan 10 peruntukan undang-undang
Siasatan terhadap Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings yang sebelum ini hanya melibatkan empat peruntukan undang-undang kini telah meningkat kepada 10 peruntukan.
Tunggu Majlis Raja-Raja perkenan pandangan muzakarah MKI
Jelas Datuk Mohd Na'im, terma pandangan hukum digunakan berikutan Jawatankuasa Fatwa MKI tiada kuasa mengeluarkan fatwa kerana ia hanya boleh diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri.
Sedia infrastruktur sesuai sokong industri e-sukan - Ahmad Zahid
Latihan dan bimbingan tidak seharusnya tertumpu kepada usaha melahirkan seorang atlet e-sukan semata-mata, tetapi juga sebagai pencipta kandungan digital atau pembangun perisian.
Protes di Pakistan: Polis lepaskan gas pemedih mata suraikan perhimpunan anti-kerajaan
Polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan perhimpunan anti-kerajaan oleh penyokong bekas Perdana Menteri Imran Khan yang dipenjara berhampiran kawasan D-Chowk di Islamabad.
Warga emas ditemukan maut di kebun disyaki dipijak gajah
Seorang lelaki warga emas ditemukan mati di kawasan kebunnya disyaki akibat dipijak gajah di Kampung Basung, Hulu Terengganu.
Anwar tekankan keperluan perkukuh hubungan ketenteraan Malaysia-Pakistan
Anwar memuji "peranan Angkatan Tentera Pakistan dalam keamanan dan kestabilan serantau, mengakui profesionalisme dan pengorbanan mereka dalam memerangi keganasan".
Pulangkan semula kekayaan negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar bekas pemimpin yang mengaut kekayaan dari hasil negara, agar mengembalikannya semula kepada rakyat dan negara.
Kerajaan tumpu tatakelola basmi kemiskinan
Kerajaan Madani memberi tumpuan kepada tatakelola bagi memastikan bantuan untuk membantu rakyat miskin sampai kepada golongan sasaran.
LHDN tambah baik sistem penyampaian perkhidmatan
Sistem e-Filing dan ByrHasil diperkenal bagi memudahkan urusan pembayar cukai untuk mengisytiharkan pendapatan dan membuat bayaran cukai.