Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan sebanyak empat juta pembayar cukai menggunakan e-Filing tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Mohd Shukor Mahfar.
Beliau berkata sebanyak 3.8 juta pembayar telah menggunakan e-Filing tahun lepas daripada jumlah keseluruhan enam juta pembayar cukai di negara ini.
"Diharap sasaran empat juta itu akan dapat dicapai berikutan kesedaran penggunaan e-Filing yang memudahkan urusan pencukaian di kalangan orang ramai kian meningkat pada masa ini.
"Tambahan juga pelbagai kemudahan disediakan menerusi aplikasi telefon pintar, ia menggalakkan pembayar cukai terutamanya generasi muda," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian satu seminar kepimpinan di sini pada Rabu.
Seminar anjuran Perbadanan Kemajuan Adat Melaka (Pertam) itu dirasmikan Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka Datuk Hasan Abd Rahman.
Kemudahan e-Filing merupakan aplikasi percuma yang disediakan oleh LHDN untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara elektronik melalui internet.
Sementara itu Mohd Shukor berkata semua pembayar cukai dinasihatkan supaya mengisytiharkan cukai pendapatan masing-masing menerusi e-Filing sebagai langkah mengelak kesesakan terutamanya pada tarikh akhir menghantar borang.
Beliau berkata tarikh akhir untuk mengembalikan borang penyata cukai pendapatan bagi punca pendapatan bukan perniagaan (Borang BE) dan bayaran baki cukai kena dibayar melalui sistem e-Filing dilanjutkan sehingga 15 Mei ini.
"Bagaimanapun, bagi mereka yang mengisi borang secara manual, tarikh akhir kekal pada 30 April ini dan penalti akan dikenakan sekiranya mereka gagal mengisi borang selepas tarikh tersebut," katanya.
Bernama
Wed Mar 18 2015
LHDN sasar empat juta pembayar cukai guna e-Filing - Gambar fail
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Program Memfail Borang Nyata 2025 telah dimuat naik sebagai rujukan
HASIL tidak lagi menerima pengemukaan BN secara manual dan borang kertas sama ada di kaunter atau secara pos.
Perkhidmatan e-Filing bagi tahun taksiran 2022 dibuka mulai 1 Mac 2023
Pembayar cukai disaran untuk menggunakan perkhidmatan e-Filing bagi tujuan pengemukaan Borang Nyata melalui portal rasmi HASiL.
LHDN selenggara sistem, aplikasi
Antara sistem dan aplikasi terlibat termasuk MyTax, e-filing dan Borang Maklum Balas Pelanggan.
Tarikh akhir kemuka Borang Nyata Cukai 2021 pada 30 April, e-Filing 15 Mei
LHDN turut menyarankan pembayar cukai mengemukakan Borang Nyata Cukai dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Sediakan dokumen ini sebelum Mac, mudah nanti buat e-filing
Dokumen lain termasuk yuran pengajian peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah, penyata PRS, resit kepada organisasi diluluskan LHDN.
Prosiding komital: Bapa Adib hantar representasi kepada Peguam Negara
Peguam Aidil Khalid, yang mewakili bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, berkata pihaknya menghantar surat representasi itu menerusi faks dan e-mel semalam.
Badan Peguam Malaysia gesa badan kehakiman pertimbangkan semula arahan e-filing
Ahli Badan itu berdepan kesukaran untuk mematuhi tarikh akhir bagi pemfailan kes baharu dan dokumen lain di mahkamah menerusi e-filing susulan pelaksanaan perintah itu.
Tanah Jalan Semarak: Felda saman Isa Samad, Shahrir, 19 lagi
Plaintif memfailkan saman melalui e-filing Mahkamah Tinggi Sivil di sini menerusi firma guaman Lee Hishammuddin Allen & Gledhill dengan menamakan 21 mereka sebagai defendan.
Jumlah pendaftaran e-filing meningkat 12.9 peratus - LHDN
Datuk Sabin Samitah sejak ia dibuka pada 1 Mac lalu, sebanyak 1.2 juta pendaftaran e-filing telah diterima.
LHDN sasar empat juta pembayar cukai guna e-Filing
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan sebanyak empat juta pembayar cukai menggunakan e-Filing tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Mohd Shukor Mahfar.