LG KINI mengumumkan mereka akan mempertontonkan rekaan teknologi antena lutsinar untuk kenderaan, selari dengan acara CES 2024 pada awal Januari ini.
LG mengatakan teknologi baharu ini dibangunkan bersama firma pengeluar kaca di Perancis, iaitu Saint-Gobain Sekurit.
Antena lutsinar dalam bentuk filem ini akan ditambah pada cermin kenderaan, sekali gus memberikan rekaan yang lebih unik dan tidak memperlihatkan rekaan antena kepada umum.
LG menjayakan rekaan ini melalui penggunaan teknologi telekomunikasi mereka yang turut meliputi penyelesaian telematik lutsinar – yang dijangka akan menjadi fokus ramai pengeluar kenderaan dalam masa akan datang.
Dengan kenderaan mengintegrasikan pelbagai sensor dan teknologi komunikasi, rekaan antena turut memainkan peranan utama – supaya ia tidak mengganggu rekaan keseluruhan kenderaan, dan pada masa yang sama turut mengekalkan kadar kepekaan isyarat yang diterima dan dihantar.
LG mengatakan penyelesaian ini akan ditawarkan dalam bentuk atas cermin atau dalam cermin kenderaan – sama ada cermin depan kereta, pada bahagian bumbung kenderaan dan sebagainya.
Dengan perkongsian ini, sama-sama kita nantikan kenderaan pertama yang akan gunakan teknologi ini. -Amanz
Amanz
Wed Dec 20 2023
LG mengatakan teknologi baharu ini dibangunkan bersama firma pengeluar kaca di Perancis, iaitu Saint-Gobain Sekurit. -Amanz
AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.
Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan V Raja.
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
Beberapa jalan ditutup bermula Sabtu hingga petang Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Sabtu hingga jam 3 petang Ahad sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Fadhlina rayu undi calon PH
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek merayu pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap memberi peluang kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), Dr Joohari Ariffin untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat pada pengundian Sabtu ini.
Faisal Halim sudah mula jalani sesi latihan sejak Rabu
Pemain berusia 26 tahun itu difahamkan sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan media.
Sebuah roket dari Lubnan dipintas Israel
Sebuah roket yang dilancarkan dari Lubnan berjaya dipintas rejim Israel pada Khamis.
Roket yang dipintas itu kemudian mengenai bumbung sebuah pusat beli-belah di bandar Acre, utara Israel.
Roket yang dipintas itu kemudian mengenai bumbung sebuah pusat beli-belah di bandar Acre, utara Israel.
Singapura tunggu masa sesuai untuk iktiraf Palestin
Republik Singapura pada dasarnya bersedia untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara jika ia menolak keganasan dan menerima hak Israel untuk wujud.
Ratusan penunjuk perasaan Israel gesa pembebasan tebusan
Ratusan penunjuk perasaan anti-kerajaan turun ke jalan-jalan di Baitulmaqdis pada Khamis bagi menggesa pembebasan tebusan ketika rundingan mengenai perjanjian antara Hamas dan Israel dilaporkan akan disambung semula.
CES 2019: Setelah LG, kini giliran Samsung perkenalkan telefon 5G
TV 8K sebesar 98 inci ini merupakan antara produk premium Samsung di acara CES, iaitu sebuah pameran teknologi pengguna yang terbesar di dunia.
CES 2019: LG sah pasarkan telefon 5G, juga perkenalkan TV 8K boleh lipat
LG Electronics telah mempamerkan produk ini di CES 2019, iaitu pameran teknologi pengguna terbesar di dunia.