KUALA LUMPUR: Laywers For Liberty (LFL) perlu sentiasa bersikap adil dalam sebarang pertikaian dan melayan semua pihak dengan sama rata, kata Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Datuk Ahirudin Attan.
Beliau berkata demikian berikutan kenyataan LFL yang mengkritik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana membuat laporan polis terhadap seorang penulis blog asing Murray Hunter yang mendakwa agensi pengawal selia Internet itu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai "institusi politik'.
"Memandangkan mangsa di sini bukan Murray Hunter, dia adalah pelaku, penyerang. Mangsa adalah institusi anda sendiri, MCMC.
"LFL adalah rakyat Malaysia dan MCMC adalah rakyat Malaysia. Sekurang-kurangnya LFL perlu berlaku adil.
"Jika anda mahu bertindak terhadap MCMC kerana membuat laporan polis, anda harus mengambil tindakan terhadap Murray Hunter, tanya mengapa dia begitu prihatin, memberi tumpuan kepada Malaysia secara negatif.
"Kita tidak tahu mengapa dia (Hunter) melakukan perkara sedemikian, jadi bagaimana LFL boleh begitu yakin bahawa dialah yang terbaik dalam menjaga kepentingan Malaysia?," katanya kepada Bernama selepas Majlis Anugerah Muhibbah NPC-MACROKIOSK 2024, di sini, pada Selasa.
Selain itu, Ahirudin berpendapat bahawa LFL tidak seharusnya berpolitik dalam pertikaian ini, kerana tindakan sedemikian boleh menyebabkan orang ramai beranggapan bahawa LFL mempunyai agenda politik.
"Macam Murray Hunter serang Sultan Selangor bulan lepas, tuduh Sultan Selangor 'salah guna kuasa', ada LFL buat bising ke? Adakah mereka mempersoalkan Murray Hunter mengenai perkara itu?
"Saya bercakap demi kebebasan bersuara, kebebasan akhbar, tetapi kita perlu menulis tentang kebenaran. Jika kita menulis separuh kebenaran, ia masih tidak dianggap kebenaran.
"Kita wartawan tahu bahawa Murray Hunter bukanlah seorang wartawan, beliau adalah bekas pensyarah yang dipecat dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), maka secara semula jadi dia mempunyai sebab untuk marah terhadap rakyat Malaysia.
"Jika mereka (LFL) mahu menyokong Murray Hunter, tidak mengapa, tetapi perlu berlaku adil kepada mangsa," katanya.
Semalam, MCMC membuat laporan terhadap Hunter kerana tulisan berunsur fitnah, kerana secara terbuka menuduh suruhanjaya itu bertindak melangkaui bidang kuasanya demi kepentingan peribadi selain mendakwa suruhanjaya itu dan polis bertindak menakut-nakutkan orang ramai.
Suruhanjaya itu turut mengingatkan bahawa menyebarkan kandungan tidak benar dengan niat untuk mengganggu pihak lain adalah suatu jenayah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan tindakan memuat naik kandungan yang memfitnah MCMC juga merupakan satu kesalahan.
Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mempertahankan tindakan MCMC kerana membuat laporan polis terhadap Hunter dan menyatakan bahawa institusi itu mempunyai asas untuk mengambil tindakan undang-undang.
Mengenai pelancaran Anugerah Muhibbah NPC-MACROKIOSK 2024, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MACROKIOSK Datuk Kenny Goh berkata siri anugerah 2024 akan terus mengiktiraf individu, kumpulan dan organisasi yang mencontohi inti pati sebenar Muhibah (perpaduan). menggalakkan perpaduan dan muhibah di seluruh Malaysia tahun ini.
"Kami teruja dapat bekerjasama lagi dengan NPC untuk melancarkan siri kedua Anugerah Muhibbah.
"Kami berharap anugerah itu akan terus memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengambil berat dan menghormati satu sama lain," katanya.
Goh berkata dalam siri sulungnya, Anugerah Muhibbah meraikan enam pemenang, dan rakyat Malaysia boleh menjangkakan naratif yang lebih memberi inspirasi dalam perasaan belas kasihan, perpaduan dan dedikasi dalam masyarakat pada edisi 2024 akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024
![LFL perlu adil dalam sebarang pertikaian, layan semua pihak sama rata - Presiden NPC LFL perlu adil dalam sebarang pertikaian, layan semua pihak sama rata - Presiden NPC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714518379_KennyGohAhirudin.jpg)
Kenny (kiri) dan Ahirudin (kanan) pada sidang media selepas pelancaran NPC-MACROKIOSK Muhibbah Awards 2024, di NPC Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![LFL perlu adil dalam sebarang pertikaian, layan semua pihak sama rata - Presiden NPC LFL perlu adil dalam sebarang pertikaian, layan semua pihak sama rata - Presiden NPC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714518379_KennyGohAhirudin.jpg)
LFL perlu adil dalam sebarang pertikaian, layan semua pihak sama rata - Presiden NPC
LFL digesa perlu sentiasa bersikap adil dalam sebarang pertikaian dan melayan semua pihak dengan sama rata.
!['Saya baru hari kelima masuk pejabat, tak adil mereka buat andaian' - Saifuddin Nasution 'Saya baru hari kelima masuk pejabat, tak adil mereka buat andaian' - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670918430_SaifuddinNasution.jpg)
'Saya baru hari kelima masuk pejabat, tak adil mereka buat andaian' - Saifuddin Nasution
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan kenyataan Lawyers for Liberty (LFL) bahawa beliau tidak menerima sebarang pandangan dan teguran berhubung isu Depot Tahanan Imigresen Kimanis, Sabah.
![Singapura akan sekat laman sesawang LFL Singapura akan sekat laman sesawang LFL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71439254533_MOUSE.jpg)
Singapura akan sekat laman sesawang LFL
Kumpulan Lawyers for Liberty didapati tidak patuh satu arahan supaya melakukan pembetulan di bawah undang-undang berita palsu terhadap kenyataan pada 22 Jan di dalam laman sesawang kumpulan itu.