KUALA LUMPUR:Peningkatan kes harian COVID-19 sehingga melebihi 5,000 untuk tiga hari berturut-turut adalah disebabkan oleh pelaporan lewat kes-kes kepada Kementerian Kesihatan (KKM), termasuk yang telah dikesan positif pada 2020.
Menurut KKM dalam satu kenyataan pada Ahad, ia juga disebabkan kelewatan pelaporan menggunakan Sistem Makmal Kesihatan Awam (SIMKA) oleh klinik-klinik dan hospital-hospital swasta.
“KKM ingin mengesahkan bahawa, situasi ini disebabkan oleh pelaporan lewat kes-kes ke CPRC Kebangsaan KKM termasuk kes-kes yang dikesan positif pada tahun 2020.
“Peningkatan kes yang mendadak ini adalah disebabkan oleh saringan bersasar di tempat kerja, saringan kontak rapat, dan saringan kumpulan berisiko tinggi yang dijalankan secara besar-besaran di beberapa buah negeri,” jelas kenyataan tersebut.
BACA: COVID-19: Tiga hari berturut-turut melebihi 5,000 kes
Bagaimanapun, KKM memaklumkan kes-kes yang lewat dilaporkan ini telah diambil tindakan sewajarnya di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berkenaan seperti pengasingan dan rawatan ke atas kes-kes positif, pengesanan kontak rapat serta pengesanan kes secara aktif.
“KKM akan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan agar isu-isu kelewatan pelaporan kes-kes positif ini dapat ditangani dengan segera bagi membendung penularan COVID-19 di Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.
Pada Ahad, Malaysia sekali mencatat jumlah kes positif COVID-19 untuk hari ketiga selepas merekodkan pertambahan kes harian sebanyak 5,298 kes.
Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 214,959 dengan kes aktif sebanyak 48,150 kes.
BACA: Peningkatan kes COVID-19 di Selangor, mengapa dan apa langkah seterusnya?
BACA: COVID-19: Angka tinggi di Selangor kerana kes tertunggak - MB
Semalam, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan memberitahu, peningkatan mendadak kes COVID-19 di Selangor berpunca daripada kes tertunggak kumulatif daripada saringan pekerja kilang, penjara, klinik dan hospital swasta yang tidak dilaporkan secara terus.
Menurutnya, kes kumulatif tersebut dikesan berlaku sejak 10 hari lepas.
Astro Awani
Sun Jan 31 2021
![Lewat lapor punca lonjakan mendadak COVID-19, termasuk kes dari 2020! Lewat lapor punca lonjakan mendadak COVID-19, termasuk kes dari 2020!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61609774090_swab.jpg)
Peningkatan kes harian COVID-19 sehingga melebihi 5,000 untuk tiga hari berturut-turut adalah disebabkan oleh pelaporan lewat kes-kes kepada KKM, termasuk yang telah dikesan positif pada 2020. - Gambar fail
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![JKNT nafi peningkatan kes rotavirus di Terengganu JKNT nafi peningkatan kes rotavirus di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721029238_Rotavirus.jpg)
JKNT nafi peningkatan kes rotavirus di Terengganu
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menafikan terdapat peningkatan kes rotavirus di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) seperti yang tular di laman sosial dua hari lalu.
![Denggi: Jabatan Kesihatan serbu rumah warga asing di Pulau Pinang Denggi: Jabatan Kesihatan serbu rumah warga asing di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716983924_Aedes.jpg)
Denggi: Jabatan Kesihatan serbu rumah warga asing di Pulau Pinang
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengambil tindakan drastik memeriksa rumah yang disewakan kepada warga asing di sekitar Machang Bubok.
![Kes denggi meningkat, 40 kematian sejak Januari Kes denggi meningkat, 40 kematian sejak Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716176397_TBSEMBURDENGGI.jpg)
Kes denggi meningkat, 40 kematian sejak Januari
Sebanyak 343 kes baharu kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-19 (ME19) bagi tempoh 5 hingga 11 Mei lepas.
![Kes COVID-19 meningkat 29.5 peratus - Dr Dzulkefly Kes COVID-19 meningkat 29.5 peratus - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703321425_TBDZULKEFLYAHMAD.jpg)
Kes COVID-19 meningkat 29.5 peratus - Dr Dzulkefly
Sebanyak 22,413 kes COVID-19 dilaporkan sepanjang Minggu Epidemiologi ke-51 (ME 51/2023) iaitu bagi tempoh 17 hingga 22 Disember, berbanding 17,307 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.
![Penularan COVID-19 masih terkawal, orang ramai perlu kawalan kendiri - Exco Penularan COVID-19 masih terkawal, orang ramai perlu kawalan kendiri - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695745453_950x600.jpg)
Penularan COVID-19 masih terkawal, orang ramai perlu kawalan kendiri - Exco
Orang ramai diingatkan supaya berwaspada terutamanya di kawasan awam bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 pada musim cuti sekolah.
![Selangor sedia tubuh semula jawatankuasa khas COVID-19 Selangor sedia tubuh semula jawatankuasa khas COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702190546_AmirudinShari.jpg)
Selangor sedia tubuh semula jawatankuasa khas COVID-19
Kerajaan Selangor bersedia menubuhkan semula jawatankuasa khas COVID-19 jika pandemik itu terus menunjukkan peningkatan di negeri ini.
![COVID-19: Situasi terkawal, tidak bebankan fasiliti kesihatan - Dr Zaliha COVID-19: Situasi terkawal, tidak bebankan fasiliti kesihatan - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51698908285_MajlisAmanat.jpg)
COVID-19: Situasi terkawal, tidak bebankan fasiliti kesihatan - Dr Zaliha
Keadaan semasa COVID-19 di Malaysia secara keseluruhannya masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada meskipun terdapat peningkatan kes, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
![Faktor cuaca antara punca denggi meningkat di Kelantan Faktor cuaca antara punca denggi meningkat di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696491638_AEDES.jpg)
Faktor cuaca antara punca denggi meningkat di Kelantan
Faktor cuaca didapati antara punca berlaku peningkatan kes demam denggi di Kelantan, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.
![Kes demam denggi di Perak meningkat 218 peratus Kes demam denggi di Perak meningkat 218 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691820058_excokerajaanPerak.jpg)
Kes demam denggi di Perak meningkat 218 peratus
Kes demam denggi di Perak meningkat sebanyak 218.1 peratus bagi tempoh Januari sehingga 5 Ogos tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
![Zambia nafi varian baharu COVID-19 punca lonjakan kes Zambia nafi varian baharu COVID-19 punca lonjakan kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686901522_WabakCOVID.jpg)
Zambia nafi varian baharu COVID-19 punca lonjakan kes
Pihak berkuasa kesihatan Zambia pada Khamis menafikan laporan yang mengatakan terdapat varian baharu COVID-19 yang bermutasi dan lebih ganas di negara itu, lapor Xinhua.