KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan bersetuju untuk melanjutkan tempoh pembaharuan lesen berniaga secara percuma dan diskaun sewaan premis, termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik agensi, itu sehingga 31 Julai ini.
Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira senario semasa orang ramai ketika ini, yang terpaksa berbelanja bagi persiapan pembukaan sekolah selain akan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dalam masa terdekat.
"Saya tahu peluang perniagaan lebih terbuka, apabila banyak aktiviti dibenarkan dan kita telah berhijrah daripada situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tapi secara keseluruan penjaja dan peniaga kecil masih bergelut dengan perniagaan yang sedikit malap, berbanding keadaan biasa.
"..dan walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta pihak berkuasa tempatan terpaksa menanggung kesusutan daripada segi hasil, tetapi kita merasakan perlu melanjutkan tempoh pembaharuan lesen percuma dan separuh bayaran sewaan premis," katanya pada sidang media pada program Myberas@Wilayah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam.
Annuar berkata langkah itu akan memberi manfaat kepada lebih 40,000 penyewa termasuk hampir 10,000 peniaga dan penjaja, selain 5,000 peniaga yang sedang mengambil bahagian dalam program Wilayah Bebas Berniaga.
Dalam pada itu, Annuar berkata kementerian itu juga akan mengemukakan permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), untuk mempertimbangkan pembukaan bazar Ramadan, namun keputusan itu bergantung kepada pematuhan dan disiplin orang ramai dan penjaja, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada masa ini.
"Kita harus faham (kita) masih belum keluar dari zon selamat, walaupun program suntikan vaksin COVID-19 sudah bermula, namun kepatuhan rakyat kepada SOP harus dipertingkatkan agar jumlah kes dapat dilandaikan," katanya.
Annuar berkata setakat ini pihaknya sudah menerima lebih 2,000 pemohonan daripada operator yang mahu membuka bazar Ramadan, di sekitar Wilayah Persekutuan.
Pada September tahun lepas, Annuar mengumumkan Inisiatif Wilayah Cakna 3.0 yang bertujuan untuk membantu warga kota terutama golongan B40, yang terjejas ekoran PKP dan antara lain ia turut memberikan diskaun sewaan premis milik DBKL, Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan (PL), selain pembaharuan lesen perniagaan percuma.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 04 2021
Annuar berkata setakat ini pihaknya sudah menerima lebih 2,000 pemohonan daripada operator yang mahu membuka bazar Ramadan, di sekitar Wilayah Persekutuan. - Gambar fail
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Kontinjen WiPers terima insentif lebih RM1 juta
Insentif itu adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas pengorbanan yang dilakukan kontinjen WiPers.
Peniaga, penjaja di KL digesa mohon lesen perniagaan sebelum 31 Dis
DBKL akan melaksanakan program pemutihan lesen perniagaan bermula 1 Januari tahun depan dan tiada sebarang kompromi selepas tempoh itu.
KWP bakal runding dengan peniaga bagi turunkan harga ayam
Rundingan itu melibatkan peniaga di premis kementerian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.
Kerajaan perhalusi aspek perundangan pengambilan tanah Sungai Baru - Shahidan
Kementerian Wilayah Persekutuan sedang memperhalusi aspek perundangan proses pengambilan tanah melibatkan projek pembangunan semula Sungai Baru.
Fadlun, Presiden Perbadanan Putrajaya baharu
Datuk Fadlun Mak Ujud dilantik sebagai Presiden merangkap Pengerusi Perbadanan Putrajaya (PPj) yang baharu, bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Jun.
Langkah interim mitigasi banjir kilat di KL, mula tunjuk hasil - Shahidan
Pengoperasian pencegahan dan mitigasi banjir kilat berasaskan 14 tindakan interim bermula awal bulan ini bagi mengurangkan insiden banjir kilat di ibu kota telah menunjukkan keberhasilan.
Premis dikembalikan kepada pemilik, konsep Rumah Prihatin @ Grand Seasons tetap diteruskan
Annuar berkata pihaknya sedang membuat perancangan mengenai pasca-Rumah Prihatin @ Grand Seasons dalam usaha mengekalkan konsep aktiviti amal dan sukarelawan itu.
KWP peruntuk lebih RM1 juta bantu masjid, asnaf
Kementerian turut memperuntuk bantuan wang tunai berjumlah RM500,000 kepada 2,500 penerima golongan asnaf.
Banjir kilat Lembah Klang: KWP, DBKL cari penyelesaian berkesan
Jalaluddin berkata kementerian itu memandang serius isu berkenaan yang menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air susulan hujan lebat berterusan lebih dua jam.
KWP terus santuni golongan memerlukan
Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Yayasan Wilayah Persekutuan menubuhkan RumahPrihatin@GrandSeasons yang beroperasi secara berperingkat bermula 15 Julai 2021.