JOHOR BAHRU: Lesen Memandu Malaysia (LMM) bagi kenderaan perdagangan dalam Kelas Lesen E sedia ada, iaitu E2, E1 dan E, akan digabungkan menjadi satu Kelas Lesen E sahaja berkuat kuasa mulai 1 Mac ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata penggabungan tersebut bakal memudahkan urusan dan menjimatkan masa serta membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada individu yang bekerja sebagai pemandu kenderaan perdagangan, terutama dalam tempoh pascapandemik COVID-19.
"Mereka boleh memandu semua kelas kenderaan motokar berat (dengan mempunyai LMM dalam Kelas Lesen E) dan tidak terhad kepada sesuatu kategori berat tanpa muatan (BTM) kenderaan motokar berat tertentu sahaja," katanya.
Beliau berkata dalam ucapannya ketika melancarkan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya anjuran Persatuan Pengusaha Lori Bahan Batuan Johor yang turut dihadiri Presidennya Chia Jee Onn di Ulu Tiram di sini hari ini.
Lesen E melibatkan motokar berat tanpa muatan melebihi 7,500 kg, E1 tidak melebihi 7,500 kg dan E2 tidak melebihi 5,000 kg.
Selain itu, hanya sekitar 62,000 orang masih aktif daripada kira-kira 90,000 pemegang Lesen E1 dan E2 yang direkodkan, di samping 11,000 sahaja yang mempunyai Lesen Vokasional.
Justeru, Wee berkata pemegang Lesen E1 dan E2 sedia ada akan ditawarkan untuk menjalani program peralihan bagi mendapatkan Lesen E.
Permohonan tersebut bermula pada 1 Mac ini dan individu terlibat diberi tempoh lima tahun untuk menjalani program tersebut.
Program peralihan itu juga akan ditawarkan kepada pemegang Lesen Vokasional dalam Kelas E1 and E2 ke Lesen Vokasional Kelas E.
"Ini amat penting demi memastikan tahap kompetensi dan keselamatan pemanduan individu terlibat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata pemegang Lesen E1 dan E2 sedia ada akan ditawarkan untuk menjalani program peralihan bagi mendapatkan Lesen E. - Foto BERNAMA
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Peralihan Lesen kelas B: Pemegang LMM yang layak boleh mula daftar di 139 institut memandu
Pemegang LMM kelas B1 dan B2 yang layak menyertai Program Khas Peralihan LMM kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi) boleh mula mendaftar ke program itu di 139 institut memandu.
JPJ ingatkan segera perbaharui lesen memandu sebelum 30 Jun
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang telah diberikan pelanjutan tempoh keesahan (kuat kuasa) atau tamat tempoh bermula 13 Jan 2021, perlu memperbaharui lesen mereka sebelum 30 Jun ini.
Lesen E2, E1, E digabung jadi satu Kelas Lesen E mulai 1 Mac - Wee
Lesen Memandu Malaysia (LMM) bagi kenderaan perdagangan dalam Kelas Lesen E sedia ada, iaitu E2, E1 dan E, akan digabungkan menjadi satu Kelas Lesen E sahaja berkuat kuasa mulai 1 Mac ini.
Tempoh pembaharuan lesen memandu dilanjutkan sehingga 30 September
Kerajaan melanjutkan tempoh pembaharuan LMM dan LKM sehingga 30 September ini dengan syarat insurans kenderaan masih berkuat kuasa, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.