SHAH ALAM: Pengeluaran bekalan minyak masak paket bersubsidi di pasaran tidak terjejas walaupun lesen 24 syarikat pembungkusan semula digantung dan ditarik akibat kesalahan penyelewengan sejak tahun lepas.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata ini kerana kuota mereka telah diberikan kepada syarikat lain.
"Ini bagi memastikan bekalan minyak masak 60,000 tan metrik tidak berkurangan dan mencukupi di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi pemeriksaan audit dan pemutihan di premis pembungkusan minyak masak bersubsidi di sini pada Selasa.
Beliau juga berkata aktiviti penyeludupan dan penyelewengan minyak masak paket bersubsidi kini dikesan tidak hanya membabitkan syarikat di sempadan negara malah di Lembah Klang dan Perak.
"Perkara ini adalah sesuatu yang menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku kerana subsidi diberi oleh kerajaan kepada rakyat di negara ini tetapi dinikmati oleh warganegara lain," katanya.
Rosol berkata jurang perbezaan ketara harga minyak masak bersubsidi pada RM2.50 sekilogram berbanding harga minyak masak sawit semasa yang mencecah RM8 sekilogram antara faktor permintaan terhadap minyak masak bersubsidi meningkat sekali gus mengganggu kecukupan bekalannya di pasaran.
Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menjalankan penguatkuasaan secara agresif di seluruh negara untuk memantau, memeriksa dan membuat audit ke atas semua syarikat pembungkusan semula serta pemborong bagi mengatasi isu penyelewengan dan penyeludupan minyak masak bersubsidi.
Pada Isnin, kerajaan mengerahkan pihak penguat kuasa untuk menggempur daripada peringkat kilang pembungkusan hingga ke sempadan negara bagi memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan minyak masak paket bersubsidi.
Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur Ariffin Samsudin pula berkata isu kekurangan bekalan minyak masak pada setiap 1 hari bulan adalah disebabkan permulaan kuota baharu yang diberikan kepada kilang pembungkusan semula.
"Setiap 1 hari bulan, kilang akan hantar stok minyak masak pada kilang pembungkusan semula berdasar kuota bulan baharu... maka kilang pembungkusan semula akan mengepek minyak masak tersebut berdasarkan kuota, makin nak ke hujung bulan, makin susut kuota tinggal.
"Itu yang hujung bulan dan permulaan bulan ada sedikit kekurangan bekalan," katanya selepas operasi pemeriksaan audit dan pemutihan di sebuah syarikat di Bandar Tun Razak di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 05 2022
Pengeluaran bekalan minyak masak peket bersubsidi di pasaran tidak terjejas walaupun lesen 24 syarikat pembungkusan semula digantung dan ditarik akibat kesalahan penyelewengan sejak tahun lepas. - Gambar hiasan
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
KPDN Kelantan tahan lelaki cuba seludup keluar minyak masak, gula
Pemeriksaan terhadap sebuah kereta menemukan barangan bersubsidi berkenaan yang disyaki mahu diseludup ke Thailand.
KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.
Jual minyak masak subsidi lebih mahal, peniaga berdepan tindakan undang-undang
Peniaga tersebut didapati menjual minyak masak paket itu pada harga RM3 sekilogram, berbanding RM2.50 yang ditetapkan.
Aktiviti penipuan penjualan minyak masak dalam talian masih berlaku - KPDN
Aktiviti penipuan penjualan minyak masak paket secara dalam talian didapati masih lagi berlaku berdasarkan pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Pengarah restoran mamak didenda RM15,000 miliki barang kawalan lebih kuantiti
Seorang pengarah syarikat rangkaian restoran mamak bergelar Datuk didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah memiliki barang berjadual melebihi kuantiti.
SPRM tahan bapa, anak, disyaki guna dokumen palsu bekal minyak masak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan dua lelaki selepas disyaki menggunakan dokumen palsu bagi tujuan pembekalan minyak masak, empat tahun lepas.
KPDN serbu dua restoran Pakistan di Jalan Ipoh
Dua buah restoran berkonsepkan Asia Selatan di Jalan Ipoh, diserbu dalam operasi membanteras penggunaan barang kawalan tanpa lesen oleh KPDN.
Audit subsidi minyak masak dilaksana sejak Oktober - Armizan
Kerajaan telah memulakan audit berkaitan subsidi minyak masak yang dilaksana di setiap negeri dan daerah sejak Oktober lepas bagi mengatasi isu ketirisan.
KPDN teliti kemungkinan minyak masak subsidi dijual sebagai minyak terpakai
KPDN sedang meneliti kemungkinan minyak masak peket bersubsidi dijual oleh pihak tertentu sebagai minyak masak terpakai sehingga menyebabkan gangguan bekalan.
Jualan Rahmah: 2,000 ayam dijual dalam masa dua jam
Selain ayam, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan lain seperti telur dan minyak masak.