KUALA LUMPUR:Syarikat produksi animasi tempatan, Les' Copaque Productions Sdn Bhd diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat terbaik dari Malaysia pada Persidangan dan Anugerah Antarabangsa 'Made For The World' di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Les' Copaque dalam kenyataan, pengiktirafan tertinggi itu diberikan bagi meraikan wira-wira ekonomi dalam kalangan pemain industri yang mampu bertahan menjalankan operasi perniagaan dan membantu menggerakkan ekonomi walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19 melanda dunia ketika ini.
Pencapaian syarikat itu dinilai berdasarkan prestasi mereka sepanjang tahun 2019 dan 2020 yang kekal dominan menakluk siaran di stesen televisyen tempatan dan juga antarabangsa seperti di negara Asia Tenggara lain melalui Disney Channel Asia, serta di Turki.
Selain itu, syarikat tempatan lain seperti Xmegami Sdn Bhd dan Red Wheels Trading turut disenaraikan sebagai antara penerima anugerah 'Made For The World' 2020 yang diiktiraf bagi pemilihan sesi pertama.
Menurut kenyataan itu, Persidangan dan Anugerah Antarabangsa 'Made For The World' dianjurkan hasil inisiatif penerbitan media NiagaTimes dengan kerjasama Top 10 of Asia sebagai program mengangkat pencapaian serta sumbangan usahawan yang giat menjalankan perniagaan secara e-dagang, koperasi, dalam talian dan eksport untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Penyertaan untuk pemilihan Sesi Kedua masih berjalan dengan mengetengahkan 15 kategori utama dan 10 kategori koperasi, sementara pemilihan syarikat masih dibuka dengan permohonan boleh dibuat menerusi e-mel support@niagatimes.com.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 11 2020

Pencapaian syarikat itu dinilai berdasarkan prestasi sepanjang 2019 dan 2020 yang kekal dominan menakluk siaran di stesen televisyen tempatan dan antarabangsa. -Gambar fail
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Filem 'Dongeng Sang Kancil' mampu bersaing di peringkat antarabangsa - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin filem animasi terbaharu terbitan syarikat produksi Les' Copaque bertajuk 'Dongeng Sang Kancil' mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Dongeng Sang Kancil angkat cerita rakyat dengan sentuhan moden, tonjol aksi penuh debaran
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan menghasilkan watak popular cerita rakyat menerusi filem Dongeng Sang Kancil.

Les' Copaque raih pengiktirafan di anugerah 'Made For The World' 2020
Syarikat produksi animasi tempatan, Les' Copaque Productions Sdn Bhd diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat terbaik dari Malaysia pada Persidangan dan Anugerah Antarabangsa 'Made For The World'.

Les' Copaque Production saluran YouTube pertama Malaysia cecah 10 juta pelanggan
Les' Copaque Production berjaya mencecah 10 juta pelanggan sekali gus layak menerima anugerah "Diamond Play Button" daripada YouTube.

Melaka cadang jadikan Upin & Ipin sebagai produk pelancongan
Kerajaan negeri Melaka bercadang menjadikan kartun animasi 'Upin & Ipin' sebagai antara produk pelancongan.

Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal rangkul Anugerah Filem Cetera Terbaik di Festival ANIMAZE 2019
Filem animasi tempatan Upih dan Ipin: Keris Siamang Tunggal berjaya merangkul Anugerah Filem Cetera Terbaik dalam Festival Animasi Antarabangsa 2019 di Montreal, Kanada pada 4 September lalu.

'Bagilah geran kepada orang yang betul' - Pengasas Les' Copaque
Pembangunan industri kandungan negara memerlukan pengurus dana yang cekap dan mampu mewujudkan ekosistem yang mapan.