KUALA LUMPUR: Seseorang wakil rakyat harus bekerja atas nama rakyat dan bukan lagi parti selepas dilantik atas suara majoriti rakyat dalam pilihan raya.
Tegas penganalisis politik, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, mentaliti kepartian yang menebal harus diubah supaya khidmat kepada masyarakat itu dapat disampaikan dengan saksama tanpa pengaruh parti.
Beliau melihat budaya politik khidmat yang diamalkan di negara ini masih berpaksikan parti, terpapar dengan sikap mereka menampilkan logo atau bendera parti dalam segala kerja yang dilakukan.
“Bila dilantik jadi wakil rakyat,,benda pertama yang dibuat adalah membuka pejabat dan bubuh logo parti.
“Itu kesilapan besar kerana sepatutnya wakil rakyat tak boleh meletakkan dirinya sebagai partisan lagi,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Beliau juga katanya pernah mencadangkan supaya wakil rakyat cukup membuka pejabatnya di bangunan pihak berkuasa tempatan (PBT) sedia ada seperti di kompleks majlis daerah atau perbandaran masing-masing.
Bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan, malah imej yang diberikan lebih neutral dan terbuka lantas lebih mudah untuk didekati rakyat tanpa mengira apa pun kecederungan parti mereka.
“Pejabat ADUN dan pejabat Ahli Parlimen letakkan setempat, pada masa sama peruntukan-peruntukan diberikan.
“Ini kerana mereka berkhidmat untuk keseluruhan rakyat dan tak ada kena mengena dengan parti, maka perubahan paradigma ini cukup penting.”
Israr Khalid
Mon Nov 28 2022

ZAHARUDDIN: Biasanya perkara pertama dibuat lepas dilantik jadi wakil rakyat adalah membuka pejabat dengan paparan logo parti. - Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

#SuaraMalaysia: 56 peratus tumpuan kepada kos sara hidup
Kos sara hidup setiap lapisan masyarakat terus menjadi tumpuan utama menjelang pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari ini.

Sesi sekolah 8 pagi: Kekalkan tempoh belajar, namun semak semula silibus
Tempoh pembelajaran di sekolah perlu dikekalkan jika sesi persekolahan dicadangkan bermula jam 8 pagi.

#SuaraMalaysia: 85 peratus pilih peningkatan kos makanan paling meresahkan rakyat
Cabaran ekonomi pada tahun 2023 banyak memberi impak kepada sikap pengguna dalam berbelanja. Realitinya, menentukan keutamaan perbelanjaan isi rumah perlu dibuat dengan sebaiknya.

Keabsahan Anwar sudah terbukti, ini masa untuk tumpu pada negara - Shafie Apdal
Shafie berkata, keabsahan Anwar beri tanggapan positif kepada masyarakat luar, serta meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap negara

Masyarakat belum bersedia ambil langkah berkesan cegah banjir - Pakar
Kerajaan dan masyarakat dilihat masih belum bersedia untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan banjir secara berkesan meskipun bencana itu diramal boleh berlaku pada bila-bila masa.

Majoriti barisan Timbalan Menteri muka baharu
Senarai 27 timbalan menteri yang akan menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyaksikan majoritinya terdiri daripada muka baharu.

Rodziah tak harap jawatan timbalan menteri
Semua pihak perlu memberikan ruang seluasnya kepada Anwar untuk memilih pasukan beliau termasuk dalam mengisi jawatan timbalan menteri.

Usul keabsahan tiada dalam undang-undang, tapi kelebihan PM sebagai Ketua Majlis Mesyuarat - Wan Junaidi
Ketua Majlis Mesyuarat punyai kelebihan untuk membawa dan mendahulukan sebarang usul yang dirasakan penting untuk rakyat dan negara.

Zahid janji bantu mangsa banjir kilat, Rara ucap terima kasih
Banjir kilat yang melanda Felda Sungai Kemahal di Bentong mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tangani isu pendapatan dengan beri penekanan aspek pendidikan
Isu pendapatan bukan mudah untuk diselesaikan memandangkan ia isu universal yang dialami seluruh dunia ketika ini dan sukar untuk ditangani.