KOTA BHARU: Semua perantau yang berhajat untuk pulang ke kampung halaman di Kelantan dinasihatkan agar melengkapkan dua dos vaksinasi COVID-19 terlebih dahulu.
Menteri Besar negeri itu, Datuk Ahmad Yakob yang mengulangi nasihat tersebut menegaskan, dalam mengubat kerinduan kerana tidak bertemu ahli keluarga dalam tempoh lama, soal menjaga keselamatan ibu bapa di kampung juga perlu diutamakan.
“Cuma kita ingin pesan, kena ada dua dos (vaksinasi COVID-19) untuk balik (kampung). Kita tidak mahu sekat mereka (perantau) tapi (penting lengkapkan) dua dos… kalau boleh buat ujian kit kendiri walaupun tidak wajib. (Ini kerana) supaya kita balik tidak bergejala, mesti jaga (diri) masing-masing,” kata beliau.
Selain itu, Ahmad juga memohon perantau melakukan ujian pantas kendiri bagi mengelakkan mereka membawa pulang virus kepada orang tua mereka di kampung halaman.
Beliau juga memaklumkan, rakyat Kelantan yang berusia bawah 17 tahun perlu ditemani ibu bapa atau orang dewasa ketika berada di kedai makan serta kawasan-kawasan tumpuan lain.
Gesaan ini diulangi Menteri Besar Kelantan selepas terdapat cubaan individu yang ingin masuk ke negeri tersebut pada Isnin walaupun tidak lengkap dos vaksinasi.
Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Shafien Mamat memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan lebih 50,000 kenderaan dijangka memasuki Kelantan pada hujung minggu ini.
Jumlah jangkaan itu mengatasi rekod awal tahun lalu iaitu sekitar 11,000 kenderaan.
PDRM juga, jelas beliau, menubuhkan 154 kumpulan petugas pemantau bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan rakyat Kelantan.
Bermula semalam (Isnin), kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri selepas negara mencapai 90 peratus vaksinasi dalam kalangan populasi dewasa.
Muhafandi Muhamad
Tue Oct 12 2021

Datuk Ahmad Yakob menegaskan, dalam mengubat kerinduan kerana tidak bertemu ahli keluarga dalam tempoh lama, soal menjaga keselamatan ibu bapa di kampung juga perlu diutamakan. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Rakyat Kelantan perlu berwaspada, siap sedia hadapi musim tengkujuh - Sultan
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bertitah agar rakyat sentiasa berwaspada dan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh yang bakal melanda.

Rakyat Kelantan perlu bangkit buat perubahan - PM Anwar
Ini kerana kerajaan Kelantan ketika ini tidak mampu membangunkan negeri tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan.

Sultan Muhammad V titah rakyat Kelantan terima vaksinasi
Ia supaya negeri Kelantan berjaya mencapai imuniti kelompok (suntikan vaksin 80 peratus) pada 30 September 2021 seperti yang dirancang.

Rakyat Kelantan perlu jaga SOP, walaupun diberi kelonggaran aktiviti sosial
Rakyat Kelantan diingatkan terus menjaga SOP dalam membendung COVID-19 meskipun kerajaan Persekutuan beri kelonggaran aktiviti sosial kepada mereka yang terima vaksin lengkap.

COVID-19: Kepatuhan rakyat Kelantan terhadap SOP semakin terhakis - CPO
Kebanyakan rakyat di negeri itu seolah-olah alpa dengan pandemik yang sedang melanda yang menyaksikan semua daerah di Kelantan dikategorikan zon merah.

Isu bekalan air Kelantan ada harapan untuk diselesaikan - Nik Abduh
Nik Mohamad Abduh Nik Aziz percaya, kerajaan baharu Perikatan Nasional (PN) di peringkat pusat dan negeri dapat menyelesaikan isu itu.

PPIK gesa KPDNHEP siasat kenaikan harga bawang merah
PPIK gesa PDNHEP negeri Kelantan memberi penjelasan sebenar mengenai kenaikan harga bawang merah di negeri ini.

Tun Mahathir ucap takziah kepada seluruh kerabat diraja Kelantan
Perdana Menteri menyifatkan almarhum baginda seorang yang cukup tertib serta mudah untuk bekerjasama.

UMNO mesti ambil kesempatan atas kelemahan Pas di Kelantan - Tengku Razaleigh
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, ketika ini separuh daripada 1.7 juta rakyat Kelantan terpaksa berhijrah ke beberapa negeri lain untuk mencari peluang pekerjaan.