HUJAN mencurah-curah, jalan sesak – anda pemandu bas, ternampak sebuah motosikal tersadai di tepi jalan dengan pemuda lencun yang amat jelas memerlukan bantuan.
Bagi seorang insan – Kapten Bas Rapid KL yang hanya dikenali dengan nama Sharifudin – hanya satu tindakan yang terlintas dibenak fikiran; pedulikan hukuman, berperikemanusiaan.
Kewujudan media sosial sekarang bermakna tidak banyak perlakuan awam tersorok dari pandangan mahupun pengetahuan umum.
Tindakan Kapten Bas – (gelaran rasmi pemandu bas Rapid KL yang bertugas dan bertanggungjawab berseorangan sepenuhnya terhadap pengedalian dan keselamatan penumpang dalam bas) – menghulur bantuan dalam hujan di laluan Bandar Utama ke Putrajaya tular di laman Twitter @fiezypinky yang memaparkan video kejadian.
Kejadian berlaku selepas bas yang dinaiki @fiezypinky menghala ke Putrajaya dalam keadaan hujan lebat melepasi Plaza Tol Sunway.
Jelas kelihatan motosikal bersama seorang invidivu tersadai di tepi lebuh raya – sama ada menunggu bantuan mahupun memikirkan terpaksa meredah hujan menolak motosikal ke woksyop berhampiran.
Kapten Bas (Sharifudin) bertindak merapatkan bas ke tepi jalan dan berhenti untuk mengambil tindakan di luar jangkaan, membenarkan motosikal itu dinaikkan ke dalam bas.
Dalam keadaan basah kuyup, motosikal itu diusung ke dalam bas yang berlantai rendah yang digunakan untuk tujuan keluar-masuk kerusi beroda.
Kapten Bas membenarkan pemuda itu bersama jenteranya yang rosak menumpang hingga tiba berhampiran sebuah woksyop membaiki motosikal tanpa sebarang bayaran tambang.
Tindakan mulia Kapten Bas itu menarik perhatian @fiezypinky yang berada dalam bas pada waktu. Bukan sekadar terharu, @fiezypinky terus merakam dan memaparkannya dalam laman Twitternya.
Akibatnya, video itu menjadi tular dan hangat 'meletup' sebagai bualan ramai.
Hampir keseluruhan reaksi memuji tindakan kapten bas itu atas kesediaannya mengambil tindakan yang mungkin membawa implikasi disiplin terhadap dirinya sendiri.
Bagi yang merasa simpati, tidak perlu risau. Rapid KL sudah memberi maklum balas melalui ciapan Twitter di AskRapidKL dalam nada positif.
Jauh dari mengenakan sebarang tindakan disiplin, Rapid KL berterima kasih atas usaha merakam dan menyiar insiden ini melalui media sosial.
Ciapan Rapid KL seperti berikut: “Terima kasih atas pujian kepada kapten bas kami. Kapten bas Rapid KL dilatih untuk sentiasa menjaga keselamatan dan memberi layanan yang terbaik kepada penumpang dan orang awam dalam situasi jalan yang dinaiki air banjir dan boleh memberhayakan.
“Walaupun ini bukan amalan kami, kami sentiasa menyokong kapten bas untuk membuat amalan yang baik 'good deeds' kepada orang awam. Inikan budaya Malaysia? Terima kasih kerana berkongsikan cerita yang hebat ini.
“Teruskan berkongsi dengan kami mengenai cerita-cerita kapten bas Rapid KL yang hebat-hebat ini nanti.”
Razak Chik
Mon Dec 23 2019
Tindakan mulia kapten bas itu menarik perhatian @fiezypinky yang berada dalam bas pada waktu. Bukan sekadar terharu, @fiezypinky terus merakam dan memaparkannya dalam laman Twitternya.
JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Laluan FT 185 Simpang Pulai-Cameron Highlands selamat
Gambar cerun runtuh di laluan berkenaan adalah gambar lama yang ditularkan semula.