KUALA LUMPUR: Penyelesaian pertikaian di antara pengguna dan syarikat automotif merupakan tumpuan utama kerajaan dalam mewujudkan skim ombudsman khas untuk industri automotif di Malaysia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, selaras dengan objektif itu, kementerian kini giat berbincang dengan pihak industri dalam pelaksanaan skim tersebut.
Menurutnya, kerajaan juga akan mendapatkan maklum balas industri terhadap ketersediaan mereka untuk terlibat dalam skim ombudsman khas tersebut.
“Elemen penyelesaian pertikaian alternatif yang merupakan antara ciri utama dalam skim ombudsman kini sedang dirintis oleh KPDN sebagai kaedah penambahbaikan serta-merta dan langkah interim.
“Ini dilaksanakan melalui penubuhan Pasukan Rundingan Khas Berkaitan Aduan Kenderaan Bermotor di KPDN sebagai pemudah cara bagi aduan pengguna berkaitan kenderaan bermotor di Malaysia berkuat kuasa mulai 1 Jun 2024.
“Kaedah yang digunakan adalah rundingan ‘Tripartite’ antara Kementerian, pembeli kereta (pengguna), dan pengedar/pengilang,” katanya.
Tambah beliau, sasaran rundingan khas itu adalah untuk mencari solusi adil dan seimbang buat semua pihak.
“Ini sekali gus mengurangkan kos dan tempoh penyelesaian sebagai alternatif kepada proses mahkamah dan tatacara perundangan lain,” ujarnya.
Penubuhan ombudsman motor di Malaysia akan menyediakan platform yang lebih mudah dan kurang kos untuk pengguna mengemukakan aduan dan mendapatkan penyelesaian.
Ia juga boleh mengurangkan beban yang dihadapi Mahkamah Sivil dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahmad Syahredzan Johan (PH - Bangi) di Kamar Khas Dewan Rakyat pada Selasa yang membahaskan tajuk “Ombudsman Motor untuk Memastikan Keberkesanan Lemon Law”.
Astro Awani
Tue Jul 09 2024
Armizan (foto) berkata kementerian kini giat berbincang dengan pihak industri dalam pelaksanaan skim tersebut. -Gambar fail/Bernama
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kapal angkasa kargo Rusia berjaya dilancar ke orbit
Rusia berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Progress MS-29 ke orbit menggunakan roket pengangkut Soyuz-2.1a
Taikun India Gautham Adani terpalit rasuah jutaan dolar
Pengerusi Kumpulan Adani India, Gautam Adani didakwa di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat atas pertuduhan berkaitan skim rasuah dan penipuan besar-besaran. Adani bersama tujuh individu lain, termasuk anak saudaranya, Sagar Adani didakwa membayar rasuah bernilai 265 juta (RM1.18 bilion) kepada pegawai kerajaan India untuk mendapatkan kontrak yang menjana keuntungan AS$2 bilion dalam tempoh 20 tahun.
Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.
ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas menteri pertahanannya, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah kemanusiaan dan perang di Gaza. Waran tangkap terbaharu yang dikeluarkan ICC itu turut melibatkan Ketua Hamas, Ibrahim Al-Masri.
Ketengah kejayaan kerajaan, bentang inisiatif kepada rakyat
Program dua tahun kerajaan MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 bakal dianjurkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 November ini bukan sekadar menjadi platform melaporkan kejayaan kerajaan.
Kerajaan wajar pertimbang pengecualian cukai kepada syarat lengkap CISM
Kerajaan wajar mempertimbangkan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat yang melengkapkan Program Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).
Sikap positif PM gambaran keterbukaan terima kritikan
Maklum balas positif yang disusuli iltizam untuk memperbaiki gred di masa akan datang, adalah gambaran keterbukaan perdana menteri dalam menerima kritikan.
Persiapan berjalan sepanjang tahun, gembleng kerjasama komuniti
Paling dititikberatkan ialah penyelarasan antara agensi kerajaan bagi memastikan setiap perancangan berjalan dengan baik, menerusi mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana melibatkan kerajaan pusat, negeri, tempatan dan agensi bukan kerajaan (NGO).
Malaysia-Vietnam sepakat perkasa Grid kuasa ASEAN - Anwar
Malaysia dan Vietnam komited memperkasa usaha sama dalam pertahanan, maritim, digital dan sektor tenaga termasuk membabitkan Grid Kuasa ASEAN.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dicapai menerusi pertemuan empat mata dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam pada Khamis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dicapai menerusi pertemuan empat mata dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam pada Khamis.
KPDN lantik lebih 2,000 peruncit, pemborong untuk pastikan bekalan hadapi MTL
Langkah itu antara pelan kontingensi banjir bagi memastikan bekalan keperluan mencukupi, mudah diperoleh serta dijual pada harga ditetapkan.
Sindiket minyak masak subsidi tumpas, 15 ditahan di Selangor
Sejumlah 14,340 kg minyak masak bersubsidi disita, ditemui tersimpan dalam tangki Intermediate Bulk Container.
Naikkan harga makanan 5 peratus, KPDN panggil Persatuan Usahawan India Muslim Johor esok
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata,pihaknya sudah mengeluarkan notis dibawah Seksyen 21 (2) Akta Kawalan Harga dan Antipercatutan 2011(AKHAP 2011) kepada persatuan itu.
Tidak perlu tunggu PRN Sabah untuk jalin kerjasama dengan GRS - Armizan
Mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu menunggu Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).
Tender naik taraf Jalan Lok Kawi dibuka Januari tahun depan - Armizan
Tender bagi menaik taraf Jalan Lok Kawi akan dibuka pada Januari tahun depan dalam usaha mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu, kata Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali.
KPDN bakal perkenal garis panduan CMO tahun hadapan - Armizan
KPDN dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menerima pelbagai aduan antaranya berkaitan agihan royalti yang disifatkan terlalu rendah.
Jualan Rahmah akan diperbanyak termasuk di kawasan berisiko banjir - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperbanyak program Jualan Rahmah termasuk di kawasan berisiko banjir.
Tiga faktor penyasaran subsidi diesel belum dilaksana di Sabah, Sarawak - Armizan
Faktor ketiga, kerana jurang harga barangan begitu besar di Sabah, Sarawak dan Labuan berbanding di Semenanjung dan ia belum dapat ditangani sehingga kini.
Peringatan kepada penjual vape, dapatkan perakuan SIRIM - Menteri KPDN
Ini termasuk perakuan dan penandaan MS Sirim produk peranti elektronik yang dikeluarkan menepati standard daripada daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.
KPDN terima laporan harga rempah ratus naik menjelang Deepavali
Armizan berkata, bagaimanapun berkata, melalui hasil semakan pihak Kementerian, ia tidak melibatkan semua barangan yang dimaklumkan PHA.