KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah (BOD) SRC International Sdn Bhd kecewa apabila pinjaman RM3.6 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) oleh syarikat itu untuk aktiviti pelaburan tidak dapat dibawa masuk dari luar negara, demikian Mahkamah Tinggi diberitahu di sini hari ini.
Bekas pengarah SRC International Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar, 75, mendedahkan bahawa bekas ketua pegawai eksekutif syarikat, Nik Faisal Ariff Kamil memberitahu BOD bahawa dana tersebut boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan tidak akan ada sebarang isu pada masa hadapan.
"Nik Faisal malah membentangkan pelaburan tersebut dan memberi taklimat kepada lembaga pengarah mengenai pulangan pelaburan itu. Beliau malah memberitahu kami bahawa wang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa," kata Che Abdullah.
Beliau berkata demikian ketika disoal peguam Datuk Seri Najib Razak, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, dalam saman sivil AS$1.18 bilion SRC International terhadap bekas perdana menteri dan Nik Faisal, yang melarikan diri dari negara pada 2018.
Sebelum ini, dalam perbicaraan jenayah SRC International, bekas Penolong Naib Presiden KWAP, Bahagian Pendapatan Tetap, Amirul Imran Ahmat, memberi keterangan bahawa Najib meluluskan permohonan pinjaman tersebut yang dikemukakan oleh SRC International kepada KWAP untuk digunakan sebagai modal pusingan dan pelaburan am tanpa had.
Untuk rekod, SRC International membuat pinjaman sebanyak RM4 bilion daripada KWAP antara 2011 dan 2012, dan sebahagian besar daripadanya iaitu RM3.6 bilion telah dipindahkan ke akaun bank Switzerland dan dibekukan ketika ini oleh pihak berkuasa negara itu.
Kepada soalan lain, Che Abdullah juga memberitahu mahkamah bahawa tiada usaha wajar dijalankan ke atas RM1.8 bilion pinjaman KWAP pertama sebelum memindahkannya ke akaun luar pesisir yang didakwa untuk aktiviti pelaburan.
"Pemahaman saya, usaha wajar mesti dilakukan sebelum sebarang aktiviti pelaburan diteruskan. Selepas pelaburan, anda hanya boleh memantau. Wang itu sudah dipindahkan dan apakah lagi usaha wajar boleh dilakukan?," katanya.
Bulan lepas, bekas pengarah SRC, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang turut dinamakan sebagai pihak ketiga turut menyatakan perkara sama apabila memberitahu mahkamah, syarikat itu gagal melaksanakan usaha wajar ke atas pinjaman RM1.8 bilion terbabit.
Shahrol Azral berkata tiada usaha wajar dilakukan kerana resolusi pekeliling (DCR) pengarah telah ditandatangani dan diluluskan oleh Najib yang juga perdana menteri dan juga menteri kewangan ketika itu.
Sebelum ini, SRC telah menggugurkan lima bekas pengarah termasuk Che Abdullah daripada saman itu dan hanya mengekalkan Najib sebagai defendan tunggal.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Najib untuk mengeluarkan notis pihak ketiga terhadap mereka dalam saman yang failkan SRC International terhadap beliau.
SRC di bawah pengurusan baharunya memfailkan saman itu pada Mei 2021 dengan mendakwa Najib melakukan pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa, secara peribadi mendapat manfaat daripada dana syarikat dan menyalahgunakan dana tersebut.
Ia juga memohon pengisytiharan mahkamah Najib bertanggungjawab ke atas kerugian syarikat akibat pelanggaran tugas dan amanahnya dan supaya Najib membayar balik kerugian RM42 juta yang mereka alami.
Najib, 70, menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.
Beliau kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 Sept 2022.
Susulan keputusan pengampunan itu, hukuman penjara Najib telah dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung 20 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024

Najib ketika ini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International. - Foto Bernama
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.

Saman SRC: Najib nafi arah SRC menerusi Nik Faisal
Najib Tun memberitahu bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Nik Faisal Arif Kamil bukanlah penghubung antara syarikat itu dan dirinya.

Lembaga Pengarah SRC kecewa gagal bawa balik pinjaman dana pelaburan dari luar negara - Saksi
Lembaga Pengarah SRC International kecewa apabila pinjaman RM3.6 bilion daripada KWAP oleh syarikat itu tidak dapat dibawa masuk dari luar negara.

Saman AS$1.18 bilion: Mahkamah Tinggi arah Najib fail pernyataan pembelaan
Saman AS$1.18 bilion difailkan SRC International Sdn Bhd terhadap bekas perdana menteri itu.

UMNO fail permohonan gantung prosiding kes saman SRC International
UMNO memfailkan permohonan untuk menggantung prosiding kes saman SRC International Sdn Bhd terhadap parti politik itu bagi menuntut RM16 juta. Mene