KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa lembaga pengarah (BOD) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diperdaya apabila pengurusannya memberi bayangan bahawa wang pelaburan 1MDB akan masuk semula ke dalam dana syarikat pada 2014.
Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB Tan Sri Ismee Ismail berkata demikian ketika diminta peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengulas mengenai taklimat bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB Azmi Tahir semasa mesyuarat lembaga pada 20 Okt 2014.
Muhammad Shafee merujuk saksi pendakwaan ke-13 itu kepada taklimat khusus oleh Azmi semasa mesyuarat lembaga di mana beliau memberitahu Lembaga Pengarah bahawa sejumlah AS$870 juta telah ditebus setakat Oktober 2014 manakala AS$300 juta lagi akan ditebus dalam beberapa hari akan datang.
Ismee, 58, berkata pada masa itu, BOD tidak tahu bahawa wang itu, yang dikatakan Azmi masuk ke Brazen Sky Ltd sebenarnya adalah wang yang dipinjam oleh 1MDB daripada Deutsche Bank.
Mahkamah sebelum ini diberitahu bahawa Brazen Sky Ltd adalah syarikat perantara tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan rakan sekutunya untuk menghantar pulang wang pelaburan oleh 1MDB.
Muhammad Shafee: Anda lihat bagaimana Azmi berbohong kepada lembaga pengarah. Apa yang dia lakukan ialah, semua wang yang kononnya masuk ke dalam Brazen Sky tetapi tidak menjelaskan wang itu kembali ke sebuah syarikat bernama Aabar Investments PJS Ltd. Pengarah 1MDB tidak akan mengetahui aspek ini kerana anda perlu bergantung kepada kejujuran pengurusan anda. Sekarang anda tahu kebenarannya, apa komen anda?
Ismee: Saya rasa perkara yang sama saya katakan tadi. Bulan puasa, tak sedap nak cakap. (tidak sesuai untuk diperkatakan pada bulan puasa ini).
Muhammad Shafee: Tan Sri, kita sedang berada dalam proses pengadilan. Anda masih perlu bercakap benar sepanjang bulan puasa.
Ismee: Saya telah mengatakan ini pada November tahun lepas dan saya akan mengatakan perkara yang sama. BOD telah dikelirukan.
Mahkamah sebelum ini mendengar keterangan bahawa Aabar Investments PJS Ltd (Aabar BVI) tidak sama dengan Aabar Investment PJS, yang merupakan anak syarikat sebenar International PetroIeum Investment Company (IPIC).
Terdahulu, saksi itu bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa bagi melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO), pengurusan 1MDB telah meyakinkan lembaga pengarah untuk meminjam AS$250 juta dan AS$975 juta daripada Deutsche Bank Singapore, masing-masing pada Mei dan Ogos, 2014.
Mahkamah diberitahu bahawa AS$223.33 juta dan AS$457.98 juta daripada pinjaman itu telah digunakan.
Sebelum ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman mengesahkan bahawa RM49 juta daripada pinjaman bank tersebut yang diambil oleh 1MDB dimasukkan ke dalam akaun bank Najib di AmIslamic Bank.
Pada hari pertama perbicaraan kes pada Ogos 2019, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kenyataan pembukaan berkata pihaknya akan menunjukkan bahawa sejumlah wang yang berasal daripada pinjaman AS$250 juta dan pinjaman AS$975 juta yang diambil oleh anak syarikat 1MDB, 1MDB Energy Holdings Ltd dari Deutsche Bank Singapore didakwa telah dimasukkan ke dalam akaun bank Najib.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 05 2022

Ismee, 58, berkata pada masa itu, BOD tidak tahu bahawa wang itu, yang dikatakan Azmi masuk ke Brazen Sky Ltd sebenarnya adalah wang yang dipinjam oleh 1MDB daripada Deutsche Bank. - Gambar fail/ Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.