KUALA LUMPUR: Lembaga Angkasa Malaysia akan dilancarkan sepenuhnya awal tahun hadapan bagi menguatkuasakan Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] yang telah diwartakan pada 25 Jan lalu.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata lembaga itu akan membuat peraturan berkaitan dengan akta yang telah diluluskan bagi mengawal selia dan membangunkan industri angkasa negara bersesuaian dengan perjanjian antarabangsa.
"Kita akan menubuhkan Lembaga Angkasa secara interim bulan depan dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Zainal Abidin Abu Hassan, dengan ahli-ahli daripada kementerian dan agensi yang berkaitan.
"Lembaga ini bertanggungjawab untuk menasihati kerajaan mengenai perkara berhubung persiapan pelaksanaan dan pentadbiran akta.
"Ini termasuk memantau dan menilai penggubalan draf peraturan serta menyediakan garis panduan dan arahan bersesuaian sebelum dikuatkuasakan pada awal tahun 2023," katanya semasa sidang media selepas majlis pembukaan 'International Geoscience and Remote Sensing Symposium (IGARSS) 2022' di Kuala Lumpur Convention Centre, pada Isnin.
Menurut Dr Adham, Malaysia merupakan antara negara ASEAN terawal yang mempunyai lembaga angkasanya tersendiri iaitu yang kedua selepas Filipina.
Beliau mengatakan bahawa bidang kuasa lembaga itu adalah pada ruang yang bermula dari ketinggian 100 kilometer (km) dari aras laut sehingga ke infiniti.
"Buat masa ini, pihak syarikat dan industri adalah dinasihat supaya mendaftarkan satelit atau sebarang objek angkasa yang telah dilancarkan melalui MOSTI.
"Setelah akta berkuat kuasa, semua objek angkasa yang telah dilancarkan sebelum ini adalah tertakluk di bawah Akta 834 dan hendaklah didaftarkan dalam tempoh enam bulan dari tarikh akta berkuat kuasa," katanya.
Dr Adham juga mengatakan bahawa dengan adanya peraturan dan perlembagaan yang jelas mengenai akta angkasa bakal membolehkan negara untuk menjemput mana-mana pengusaha yang ingin melancarkan objek angkasa dalam negara.
"Jika pada bulan lepas kita melancarkan Satelit MEASAT-3d di French Guiana, Amerika Selatan maka selepas ini kita boleh membuat pelancaran objek angkasa dari dalam negara pula.
"Malaysia adalah sesuai bagi tapak pelancaran objek angkasa disebabkan terletak berhampiran garisan Khatulistiwa yang mana pelancaran objek ke angkasa adalah lebih dekat dan juga menjimatkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022

Dr Adham berkata, peraturan dan perlembagaan yang jelas membolehkan negara menjemput mana-mana pengusaha yang ingin melancarkan objek angkasa dalam negara. -Gambar fail/Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Lembaga Angkasa Malaysia dilancar sepenuhnya awal tahun hadapan
Lembaga Angkasa Malaysia akan dilancarkan sepenuhnya awal tahun hadapan bagi menguatkuasakan Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] yang telah diwartakan pada 25 Jan lalu.

Dewan Rakyat lulus rang undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia
Fungsi Lembaga Angkasa Malaysia adalah berbeza dengan peranan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), sedia ada.