Mayat dua kanak-kanak perempuan, yang lemas ketika mandi di sebuah tasik di Taman Nusa Damai, Masai di sini, ditemui malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Abdul Samad Salleh berkata mayat Nurdiana Nurhassan, 11 dan Yunis anak Simol, 10, ditemui pasukan penyelamat pada 10.20 malam.

Mayat mereka dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu jurucakap Bomba dan Penyelamat Johor berkata mayat berkenaan ditemui oleh lima anggota penyelam skuba.

Nurdiana dan Yunis yang tinggal di Taman Scientex, di sini mandi di tasik berkenaan, yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah mereka.