Ibu kanak-kanak yang mati lemas bersama dua rakannya, Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10, tidak menyangka permintaan anak bongsunya memakai telekung putih sehari sebelum kejadian adalah petanda dia akan pergi selama-lamanya.
Nor Habibah Aidil, 50, berkata pada malam Jumaat lalu, Nureen Ain bersungguh-sungguh meminta kepadanya untuk memakai telekung putih bagi menunaikan solat isyak di sebuah tahfiz di Sungai Karang, iaitu tempat anaknya mengaji.
"Selepas solat maghrib di rumah, dia akan pergi mengaji di tahfiz berkenaan...waktu itu dia minta nak pakai telekung putih sedangkan kebiasaannya dia suka pakai telekung warna hijau. Waktu itu saya tidak rasa pelik.
"Biasalah kalau hendak pakai telekung putih untuk solat. Namun kali ini dia bawa telekung putih itu pergi mengaji serta pakai masa solat isyak," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Sungai Karang Darat, Beserah di sini.
BACA: Lemas lombong bauksit: Datuk mangsa mahu saman pihak terbabit
VIDEO: 3 kanak-kanak lemas dalam lombong bauksit di Kuantan
Nor Habibah berkata Nureen Ain merupakan anak tunggal perempuan daripada enam beradik dan seorang kanak-kanak yang aktif serta periang hingga semua guru mengenalinya.
Beliau berkata sebelum tragedi itu, Nureen Ain juga menunjukkan sikap pelik apabila bersungguh-sungguh meminta kebenarannya dan suami Mohd Sharif Awang Ngah, 50, untuk belajar mengaji di tahfiz berkenaan.
"Dia minta kebenaran untuk mengaji di situ kerana menurutnya kawannya pun hendak mengaji di tempat yang sama, jadi saya dan suami benarkan...sempatlah arwah mengaji dua malam di situ," katanya.
Beliau yang sedih dengan pemergian anak tunggal perempuannya itu, bagaimanapun tetap reda dengan ketentuan Allah.
Jenazah Nureen Ain selamat dikebumikan kira-kira pukul 11 pagi tadi dengan dihadiri anggota keluarga terdekat serta jiran.
Suasana hiba yang menyelubungi kawasan tanah perkuburan itu menjadi gempar seketika apabila Nor Habibah tiba-tiba pengsan selepas selesai upacara tersebut akibat terlalu sedih dengan kejadian tersebut.
Beliau kemudian dipapah ke wakaf kecil berhampiran dan diberi bantuan oleh saudara mara serta jiran sebelum sedar kira-kira 10 minit kemudian.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam Nureen Ain ditemui lemas bersama dua rakannya yang juga pasangan adik-beradik Salsabila Zuhairi, 12, dan adik lelakinya Mahathir Mohamad, 7, ketika bermain di kawasan sekitar bekas lombong bauksit di Sungai Karang. -- Bernama
Bernama
Sun Feb 05 2017
Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10, ditemui lemas bersama dua rakannya ketika bermain di kawasan sekitar bekas lombong bauksit di Sungai Karang, petang semalam. - Foto Bernama
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
MB Pahang arah PTG siasat kes lemas di kawasan bauksit
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Daerah Kuantan menyiasat dan mengambil tindakan susulan berhubung kejadian lemas membabitkan tiga kanak-kanak.
Ibu bapa kanak-kanak lemas di lombong bauskit lantik peguam
Ibu bapa kepada ketiga-tiga kanak-kanak yang ditemukan lemas di bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya di Kuantan Sabtu lalu, telah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang.
Lemas lombong bauksit: Arwah minta pakai telekung putih - Ibu
Ibu Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10, tidak menyangka permintaan anak bongsunya memakai telekung putih sehari sebelum kejadian adalah petanda dia akan pergi selama-lamanya.
Lemas lombong bauksit: Datuk mangsa mahu saman pihak terbabit
Datuk kepada Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10, yang mati lemas di kolam bekas lombong bauksit dekat sini petang semalam , berhasrat mengambil tindakan undang-undang.