MANJUNG: Perkelahan di pantai menjadi kenangan terakhir buat keluarga seorang kanak-kanak, Mohammad Fariz Irfan Abdul Halim, 10, yang lemas di pantai Teluk Senangin di sini.
Bapa mangsa, Abdul Halim Mohamed Ramli, 44, berkata, mereka sekeluarga sudah lama tidak pergi berkelah kerana kali terakhir sebelum pandemik COVID-19 yang lalu.
Menurutnya, permintaan anak keduanya itu ditunaikan dan tidak menyangka ia menjadi percutian terakhir mereka bersama.
"Saya jarang bawa anak-anak pergi berkelah tetapi kali ini dia (Mohammad Fariz Irfan) beria-ia nak pergi, rupanya dia nak 'pergi' sungguh.
"Kami pernah datang ke Teluk Senangin, tapi tak pernah mandi-manda, cuma jalan-jalan sahaja. Kali terakhir sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pun kami mandi di Teluk Batik," katanya ketika ditemui pemberita di pantai Teluk Batik di sini pada Ahad.
Bercerita mengenai kejadian itu, Abdul Halim berkata, anak ketiganya daripada empat beradik itu hilang sekelip mata ketika bermain di gigi air.
Katanya, ketika kejadian mangsa diawasi anak keduanya berusia 19 tahun yang berada di pantai ketika itu.
Dia tidak melarang anaknya bermain air di situ kerana ombak pada masa itu tidak kuat.
"Kalau ombak kuat memang saya suruh naik dah, tetapi lepas itu bila dia main di gigi air tiba-tiba hilang. Merata saya cari dia tapi tak jumpa.
"Lepas saya buntu nak cari di mana, saya terus hubungi 999 maklumkan kehilangan anak. Pasukan menyelamat bersama orang kampung sama-sama cari dari semalam sampai jumpa hari ini," katanya.
Menurutnya, jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di Ipoh selepas solat Asar setelah segala urusan jenazah disempurnakan di Hospital Manjung.
Terdahulu, mangsa ditemukan lemas kira-kira jam 8.20 pagi oleh nelayan tempatan pada jarak dua batu nautika dari lokasi dipercayai hilang berhampiran Tanjung Hantu di sini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 30 2023

Bapa mangsa, Abdul Halim Mohamed Ramli, 44, berkata, mereka sekeluarga sudah lama tidak pergi berkelah kerana kali terakhir sebelum pandemik COVID-19 yang lalu. - Gambar/ Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kanak-kanak lelaki hanyut jatuh longkang ditemui
Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang dipercayai dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang di Kota Tinggi ditemukan,

Operasi mencari kanak-kanak sembilan tahun yang dikhuatiri lemas diteruskan
Operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang diteruskan.

Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.

Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.

Kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang besar
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang besar di Bandar Baru Uda, Tampoi, Johor.

Dua kanak-kanak ditemukan lemas di Tanjong Karang
Dua beradik ditemukan lemas dipercayai selepas terjatuh ke dalam parit ketika bermain berdekatan kawasan itu di sebuah kampung di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang semalam.

Abang hiba pangku mayat adik lemas di Sungai Tabanak
Mayat Mohammad Juiqram Julmasalleh, 11, ditemukan 30 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas kira-kira jam 11.30 pagi.

Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, dekat sini pada petang Rabu.

Kanak-kanak dua tahun ditemukan lemas di Tawau
Kanak-kanak dua tahun yang dilaporkan jatuh di muara sungai di belakang rumah di Tawau petang semalam, ditemukan lemas pagi tadi.