PETALING JAYA: Seorang penganggur warga Pakistan menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang wanita di Jejantas Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang, bulan lepas.
Muhamad Mudasar, 23, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh bagi menukar pengakuan yang dibuatnya pada prosiding sebelum ini.
Pada 23 Jan lepas, Muhamad Mudasar, 23 mengaku bersalah atas pertuduhan merogol dan merompak seorang wanita berusia 29 tahun dan meletakkan mangsa dalam ketakutan, kematian atau kecederaan dengan mengacukan sebilah pisau kepada mangsa di jejantas itu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2)(6) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Dia turut berdepan pertuduhan merompak telefon bimbit serta wang tunai RM80 milik mangsa sama menggunakan sebilah pisau mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun dan denda atau sebatan.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan pada 12.45 tengah malam, 14 Jan lepas.
Pengakuan bersalah tertuduh sebelum ini menyebabkan mahkamah menetapkan hari ini untuk fakta kes dan hukuman.
Bagi kesalahan merompak, tertuduh bagaimanapun hanya mengakui pertuduhan dan fakta kes, namun tidak mengakui gambar barang-barang kes selepas ditunjukkan kepadanya pada prosiding hari ini.
Mahkamah kemudian menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula kes dengan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Hakimah Ibrahim manakala Muhamad tidak diwakili peguam.
Di Mahkamah Sesyen berasingan, Hakim Noor Ruzilawati Mohd Nor menetapkan 26 Mac ini untuk sebutan semula kes rompak dihadapi Muhamad, yang turut menukar pengakuan kepada tidak bersalah pada prosiding hari ini.
Muhamad dan rakan senegaranya Muhammad Waqas, 29, didakwa merompak dua telefon bimbit bernilai RM2,070 milik seorang wanita berusia 20 tahun menggunakan sebilah pisau di tempat sama pada 11.15 malam 30 Dis lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Pada prosiding sebelum ini, Muhammad Waqas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan minta dibicarakan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024
![Lelaki warga Pakistan tukar pengakuan tidak bersalah kes rogol di Jejantas KTM Serdang Lelaki warga Pakistan tukar pengakuan tidak bersalah kes rogol di Jejantas KTM Serdang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708947156_TBPAKISTANROGOL.jpg)
Lelaki warga Pakistan menukar pengakuan bersalah kepada tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita di jejantas pada bulan lepas. -Foto Bernama
![SKM anjur Bulan Koperasi Kebangsaan, Hari Koperasi Negara 2024 SKM anjur Bulan Koperasi Kebangsaan, Hari Koperasi Negara 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648104604_TBKOPERASI.jpg)
SKM anjur Bulan Koperasi Kebangsaan, Hari Koperasi Negara 2024
Majlis tersebut akan dirasmikan Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
![Kerajaan disaran beri kuota khas untuk pelajar India di matrikulasi - Sivaraj Kerajaan disaran beri kuota khas untuk pelajar India di matrikulasi - Sivaraj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701680355_DatukSivarajChandr.jpg)
Kerajaan disaran beri kuota khas untuk pelajar India di matrikulasi - Sivaraj
Kerajaan disarankan supaya memperuntukkan satu kuota khas sebanyak 2,500 tempat kepada pelajar India bagi mengikuti program matrikulasi.
![Kerajaan beri keutamaan rancakkan semula pertumbuhan ekonomi - PM Anwar Kerajaan beri keutamaan rancakkan semula pertumbuhan ekonomi - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717655521_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan beri keutamaan rancakkan semula pertumbuhan ekonomi - PM Anwar
Kerajaan sedang memberi keutamaan untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara bagi mengembangkan saiz dan mengembalikannya ke landasan yang sebenar.
![Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia, tugaskan pasukan pengaman ke Palestin - PM Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia, tugaskan pasukan pengaman ke Palestin - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719843538_TBAnwarIbrahim.jpg)
Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia, tugaskan pasukan pengaman ke Palestin - PM
Anwar berkata beliau menyambut baik gagasan kerjasama dalam misi pengaman antarabangsa Malaysia-Indonesia dan kolaborasi yang boleh diperluas di peringkat rantau ASEAN.
![RWMF 2024 tak gagal, berhibur dalam hutan hijau RWMF 2024 tak gagal, berhibur dalam hutan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719843018_TBRMWF.jpg)
RWMF 2024 tak gagal, berhibur dalam hutan hijau
Edisi RWMF kali ini, menampilkan 68 pemuzik antarabangsa dari 15 negara serta 63 artis tempatan.
10 Berita Pilihan - (01 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: NG999 diperkenalkan, ganti MERS999
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Imigresen tahan 142 pendatang asing di Kuala Pilah Imigresen tahan 142 pendatang asing di Kuala Pilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705067142_wargaasing.jpg)
Imigresen tahan 142 pendatang asing di Kuala Pilah
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 142 pendatang tanpa izin dalam serbuan di 34 premis sekitar Kuala Pilah pada 28 Jun hingga semalam.
![Lebih RM10 bilion diluluskan untuk permohonan SJKP sejak 2008 Lebih RM10 bilion diluluskan untuk permohonan SJKP sejak 2008](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719840695_NgaKorMing.jpg)
Lebih RM10 bilion diluluskan untuk permohonan SJKP sejak 2008
Sebanyak 50,884 permohonan pinjaman Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bernilai RM10.894 bilion telah diluluskan sejak 2008 hingga 30 April lepas.
![TM meterai perjanjian Next Generation Emergency Services 999 bernilaI RM1.25 bilion TM meterai perjanjian Next Generation Emergency Services 999 bernilaI RM1.25 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719836295_TeoNieChing.jpg)
TM meterai perjanjian Next Generation Emergency Services 999 bernilaI RM1.25 bilion
TM Tech menandatangani perjanjian dengan kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan talian kecemasan NG999 bernilai RM1.25 bilion.
![Lelaki warga Pakistan tukar pengakuan tidak bersalah kes rogol di Jejantas KTM Serdang Lelaki warga Pakistan tukar pengakuan tidak bersalah kes rogol di Jejantas KTM Serdang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708947156_TBPAKISTANROGOL.jpg)
Lelaki warga Pakistan tukar pengakuan tidak bersalah kes rogol di Jejantas KTM Serdang
Muhamad Mudasar, 23, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh bagi menukar pengakuan yang dibuatnya pada prosiding sebelum ini.