TUMPAT: Seorang lelaki maut dipercayai diseret kereta api ekspres kira-kira 400 meter dalam kejadian di landasan kereta api di Kampung Palekbang di sini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari ketika mangsa dikatakan sedang tidur di landasan sebelum dirempuh Kereta Api Ekspres Timuran dari Johor Bahru ke Tumpat.
Saksi kejadian, Osman Mohd Yussof, 57, berkata, ketika itu dia sedang minum air di kedai makan berdekatan landasan kereta api itu.
Menceritakan situasi berkenaan, Osman berkata, tiba-tiba terdengar hon kereta api yang kuat sebelum berhenti kira-kira 200 meter dari kedai makan itu.
"Saya kemudian berlari ke arah kereta api itu dan bertanyakan pemandu situasi menyebabkan dia memberhentikan kereta api itu," katanya.
Menurut tukang rumah berkenaan, dia dimaklumkan pemandu bahawa kereta api itu terlanggar seorang lelaki yang sedang tidur di atas landasan.
"Saya kemudian melihat mayat dalam keadaan parah mengakibatkan sebahagian badan hancur dan terdapat percikan darah di besi landasan kereta api," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Bagaimanapun Osman mengakui tidak mengenali lelaki berkenaan kerana bukan dari kampung itu.
"Mungkin dia 'tidak sihat' dan saya juga tidak pernah nampak mangsa sebelum ini," katanya.
Osman memberitahu, mangsa dilihat memakai kain pelikat dan berbaju.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu
Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 19 2023
Osman menunjukkan lokasi kejadian lelaki diseret kereta api di Kampung Palekbang. - Gambar/ Sinar Harian
AWANI Pagi: Penyelidikan bencana berasaskan komuniti
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Editor Kanan Nazri Kahar menemubual Prof Dr Syamsidik, Profesor Kejuruteraan Hidraulik, Pusat Studi Tsunami Dan Mitigasi Bencana (TDMRC), Universitas Syiah Kuala mengenai proses pemulihan pasca tsunami 2004 menggunakan pendekatan pengurusan bencana berasaskan komuniti sehingga menjadikan Aceh sebuah makmal hidup (living lab) terbaik pernah disaksikan selepas berlakunya tsunami dua dekad lalu.
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Pengendali Leicester City itu berasa kagum melihat peminat The Red Devils di Kuala Lumpur.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Tinjauan 2025: Peranan aktif belia mencorak dasar ekonomi, sosial
Menurut United Nations Youth Office, 1.9 bilion belia berusia 10 hingga 24 tahun, ini merupakan generasi belia terbesar dalam sejarah, memberi peluang besar untuk mereka memimpin perubahan. Namun, suara mereka sering terpinggir, dengan kurang dari 3 peratus penggubal dasar berusia bawah 30 tahun dan kurang dari 1 peratus wanita muda dalam politik. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif bagi memperkasa belia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi dan sosial negara?
AWANI Ringkas: TPM: Fahami kepentingan perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Iran angkat sekatan ke atas WhatsApp, Google Play
Langkah ini merupakan antara usaha pertama untuk mengurangkan sekatan internet di negara tersebut.
Lelaki tidur atas landasan maut diseret kereta api
Seorang lelaki maut dipercayai diseret kereta api ekspres kira-kira 400 meter dalam kejadian di landasan kereta api di Kampung Palekbang, Tumpat.
Tubuh remaja cantik berkecai digilis ketika swafoto
Seorang gadis berusia 15 tahun dilapor maut ketika berswafoto berhampiran landasan kereta api.
Gadis di China maut dilanggar kereta api sewaktu selfie
Mangsa telah dilanggar kereta api dari arah belakangnya dan seketika kemudian pasukan paramedik telah mengesahkan bahawa dia meninggal dunia di tempat kejadian.