IPOH: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap dua individu lain dalam satu kekecohan di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini tengah malam Sabtu lalu.
Tertuduh V. Lingkswaran, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.
Mengikut kertas pertuduhan, dia yang bekerja sebagai penyelia pengangkutan, didakwa dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki, P. Navaneshwaran, 24, dengan sebilah parang, iaitu senjata berbahaya yang boleh menyebabkan kematian.
Dia juga didakwa dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang wanita N. Laxmi, 29, dengan senjata yang sama.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Sekolah, Guntong, Ipoh, kira-kira jam 11 malam, 19 Februari lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh tidak menganggu mangsa dan keluarganya sehingga kes selesai di samping perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.
Mahkamah turut menetapkan 20 April hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afiqa Liyana Rozman manakala tertuduh diwakii peguam Dayang Nor Emilia Azman Shah.
Sebelum ini, polis menahan empat suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian kekecohan di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada tengah malam Sabtu lalu.
Insiden kekecohan itu adalah rentetan pergaduhan seorang suspek dengan ahli keluarga teman wanitanya di Jalan Sekolah di Guntong.
Terdahulu, tular beberapa video di media sosial memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki dengan pengawal keselamatan HRPB.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Feb 25 2022
![Lelaki terbabit kekecohan di HRPB didakwa sebabkan kecederaan Lelaki terbabit kekecohan di HRPB didakwa sebabkan kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645771832_TBLAKIKECOHPERAK.jpg)
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![86 murid SK Chepor keracunan makanan 86 murid SK Chepor keracunan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727263480_KhairudinAbuHanipa.jpg)
86 murid SK Chepor keracunan makanan
Difahamkan, kesemua mangsa mengalami gejala sakit perut, muntah, cirit birit dan sakit kepala selepas makan beberapa jenis makanan ketika waktu rehat.
![Ibu tunggal didenda RM2,000 guna MyKad palsu ketika hendak bersalin Ibu tunggal didenda RM2,000 guna MyKad palsu ketika hendak bersalin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722937565_courtgavelmahkam.jpg)
Ibu tunggal didenda RM2,000 guna MyKad palsu ketika hendak bersalin
Seorang ibu tunggal dihukum denda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan MyKad palsu sewaktu bersalin.
![Lelaki maut rempuh belakang treler berhenti bahu jalan, saksi diminta salur maklumat Lelaki maut rempuh belakang treler berhenti bahu jalan, saksi diminta salur maklumat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723155301_Lelakimautrempuh.jpg)
Lelaki maut rempuh belakang treler berhenti bahu jalan, saksi diminta salur maklumat
Kemalangan tersebut berlaku dekat susur lebuh raya berhampiran plaza tol Simpang Pulai pada 30 Julai lalu.
![Warga emas maut dilanggar lori mengundur Warga emas maut dilanggar lori mengundur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437020865_PolisLogo.jpg)
Warga emas maut dilanggar lori mengundur
Siasatan mendapati pemandu lori berusia 44 tahun berkenaan memiliki 100 rekod saman trafik, termasuk tiga kesalahan kemalangan jalan raya manakala lori dipandu mempunyai 10 saman terkumpul.
![Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713948912_jenazahTLDMjpg.jpg)
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
![Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713922009_Penghormatanterakhi.jpg)
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
![Lelaki dipijak gajah masih dirawat di hospital Lelaki dipijak gajah masih dirawat di hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712968732_dipijakgajah.jpg)
Lelaki dipijak gajah masih dirawat di hospital
Saarani sempat meluangkan masa menziarahi mangsa yang berasal dari Felda Bersia, Gerik dan ahli keluarga di HRPB pada Jumaat.
![Surat layang gangguan seksual: Polis terima lima laporan Surat layang gangguan seksual: Polis terima lima laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711448639_gangguanseksual.jpg)
Surat layang gangguan seksual: Polis terima lima laporan
Polis Perak menerima lima laporan polis berhubung kejadian penyebaran surat layang gangguan seksual melibatkan seorang doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
![Gangguan seksual: Polis minta doktor pelatih tampil buat laporan Gangguan seksual: Polis minta doktor pelatih tampil buat laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646129561_HRPB.jpg)
Gangguan seksual: Polis minta doktor pelatih tampil buat laporan
Tindakan itu adalah bagi memastikan kes berkenaan dapat disiasat dengan telus dan berlandaskan perundangan.
![Doktor buat laporan polis isu tuduhan gangguan seksual Doktor buat laporan polis isu tuduhan gangguan seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707145942_TBYahayaHassan.jpg)
Doktor buat laporan polis isu tuduhan gangguan seksual
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, pihaknya menerima laporan tersebut dari pengadu warga tempatan berusia 43 tahun itu pada Sabtu.