KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan dikompaun RM1,500 manakala empat lagi lelaki warga asing ditahan selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana berkumpul di sebuah kedai gunting rambut di AU3, Taman Keramat pada Jumaat malam.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, serbuan dijalankan kira-kira jam 10.00 malam selepas menerima maklumat dari orang awam berhubung kejadian.
"Mereka ini (warga asing) sesuka hati melanggar undang-undang yang ditetapkan sedangkan masyarakat lain terutama penduduk tempatan berusaha mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan demi mengekang penularan COVID-19.
"Justeru, kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti yang dilakukan mereka," jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Siasatan awal mendapati premis berkenaan dijadikan sebagai tempat kesemua mereka berkumpul setiap malam meskipun dibawah PKPD.
Penduduk jelasnya turut memaklumkan sering melihat beberapa individu keluar masuk daripada premis terbabit selepas jam 10.00 malam sehingga awal pagi.
Pemeriksaan lanjut mendapati empat lelaki warga asing itu tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah meskipun cuba mengelak daripada dikenakan tindakan dengan memberi alasan kawasan terbabit tidak dikenakan PKPD.
"Pada mulanya, mereka warga Acheh ini juga cuba menipu polis dengan menyatakan bahawa kedai mereka dalam kawasan Kuala Lumpur selepas mengetahui pihak polis yang melakukan pemeriksaan adalah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, dibawah pentadbiran Polis Kontinjen Selangor.
"Bagi kami apa yang penting adalah masyarakat terutamanya dalam kawasan daerah Ampang Jaya, terus bersama-sama mematuhi SOP ditetapkan bagi memastikan jumlah kes COVID-19 dapat dikurangkan," katanya.
Jelasnya, lelaki tempatan itu dikenakan kompaun RM1,500 kerana melanggar SOP PKP manakala empat lagi warga asing ditahan.
Orang ramai dinasihatkan agar menyalurkan sebarang maklumat dan aduan kepada pihak berkuasa jika berlaku sebarang pelanggaran SOP PKP yang ditetapkan.
Fareez Azman
Sat Jul 10 2021
![Lelaki tempatan dikompaun, empat warga asing ditahan kerana berkumpul Lelaki tempatan dikompaun, empat warga asing ditahan kerana berkumpul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625901275_TBpkpd.jpg)
Orang ramai dinasihatkan agar menyalurkan sebarang maklumat dan aduan kepada pihak berkuasa jika berlaku sebarang pelanggaran SOP PKP yang ditetapkan. - Foto PDRM
![Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721196548_NurFarahKartiniT.jpg)
Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit
Sebuah telefon bimbit dipercaya milik mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ditemukan dalam parit, berhampiran lokasi mayat mangsa ditemukan.
![Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719905942_AzalinaOthman.jpg)
Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.
![Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721194556_rasuah.jpg)
Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah
Tiga individu yang merupakan pengurus dan pemilik beberapa firma guaman di Melaka dan Lembah Klang direman SPRM.
![TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721189949_tbTEKUNMADANI.jpg)
TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan
Sempena Karnival TEKUN Madani Peringkat Pulau Pinang, TikTok Shop Malaysia merekodkan kejayaan memberangsangkan hasil kerjasama dengan TEKUN Nasional dan berjaya menarik lebih dari 40,000 usahawan.
![Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721194929_tbSultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT
Tujuh penerima biasiswa berkenaan ialah bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD), manakala tujuh pada peringkat sarjana (penyelidikan).
AWANI Ringkas: Apa punca kematian Nur Farah Kartini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721194847_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara hari ini.
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Senator tertinggi Amerika Syarikat Bob Menendez didapati bersalah ke atas semua 16 pertuduhan jenayah yang dihadapinya dalam perbicaraan rasuah yang mendapat liputan meluas di New York.
Mangsa maut di hotel Bangkok dipercayai diracun
Pihak berkuasa Thailand mengsyaki kematian enam warga asing yang didalam bilik hotel mewah di Bangkok kerana diracun.
Jurucakap polis berkata pada sidang akhbar di hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok berakata bahawa "bahan mencurigakan" ditemui di bahagian bawah cermin mata di dalam bilik hotel.
Jurucakap polis berkata pada sidang akhbar di hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok berakata bahawa "bahan mencurigakan" ditemui di bahagian bawah cermin mata di dalam bilik hotel.
!['Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon 'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon
Maksud perkataan 'danger' yang dikatakan oleh Kim Pan-gon, dalam sidang media sebelum ini hanyalah satu salah faham.
![Pembinaan lebuh raya: KKR sedia tambah baik SOP elak kejadian buruk Pembinaan lebuh raya: KKR sedia tambah baik SOP elak kejadian buruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720073402_BangunanParlimen.jpg)
Pembinaan lebuh raya: KKR sedia tambah baik SOP elak kejadian buruk
KKR akan sentiasa berusaha menyesuaikan SOP agar ia benar-benar memberi impak untuk menghindari kesan buruk.
![Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720674506_DzulkeflyAhmad.jpg)
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719648068_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat.
![Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707808659_TBKhaledNordin.jpg)
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
![Peniaga bazar perlu jujur menjual juadah, jaga keberkatan Ramadan Peniaga bazar perlu jujur menjual juadah, jaga keberkatan Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709953879_bazaar.jpg)
Peniaga bazar perlu jujur menjual juadah, jaga keberkatan Ramadan
Pernah atau tidak anda membeli makanan basi, atau tertipu dengan imej makanan yang tidak sama dengan dihidangkan di bazar Ramadan?
![Laporan siasatan angggota bomba lemas siap lagi dua minggu Laporan siasatan angggota bomba lemas siap lagi dua minggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709903326_AimanAthirahSabu.jpg)
Laporan siasatan angggota bomba lemas siap lagi dua minggu
Laporan siasatan insiden seorang anggota bomba lemas ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin pada 22 Feb lepas, akan diperoleh dalam tempoh dua minggu.
![Jabatan Patologi Hospital di Johor tetapkan SOP lebih ketat, elak rasuah Jabatan Patologi Hospital di Johor tetapkan SOP lebih ketat, elak rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658066797_TBlingtiansoon.jpg)
Jabatan Patologi Hospital di Johor tetapkan SOP lebih ketat, elak rasuah
Hanya segelintir kakitangan Jabatan Patologi termasuk ahli patologi dan pembantu makmal yang sedang disiasat berhubung kes rasuah.
![Melaka akan perkenal garis panduan, SOP atasi masalah kekurangan beras tempatan Melaka akan perkenal garis panduan, SOP atasi masalah kekurangan beras tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694509890_stokberas.jpg)
Melaka akan perkenal garis panduan, SOP atasi masalah kekurangan beras tempatan
Ia bagi menyelaraskan semua data bekalan beras tempatan yang akan ke Melaka dan di mana ia diedarkan.
![SOP REE yang akan dikeluarkan dapat atasi masalah kecurian - Sanusi SOP REE yang akan dikeluarkan dapat atasi masalah kecurian - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692782020_MuhammadSanusiMdN.jpg)
SOP REE yang akan dikeluarkan dapat atasi masalah kecurian - Sanusi
Sanusi berkata prosedur operasi standard (SOP) melibatkan unsur nadir bumi (REE) yang akan dikeluarkan kerajaan dapat mengatasi kecurian hasil mineral itu di seluruh negara.