BACHOK: Seorang bapa tiba-tiba rebah ketika mengambil anak pulang dari sebuah sekolah di Tawang di sini pada Sabtu.

Mangsa, Mohd Kamaruzaman Yusof, 40an, dikatakan mengalami kekejangan dan rebah sebelum meninggal dunia kira-kira jam 2.06 petang.

Adiknya, Marzuki, 32, ketika dihubungi memberitahu, mangsa merupakan seorang peniaga air dan mempunyai empat orang anak.

"Arwah merupakan anak sulung daripada 10 beradik.

"Saya bersama lapan adik beradik yang lain sekarang dalam perjalanan pulang ke kampung selepas mendapat perkhabaran tersebut," katanya. -Sinar Harian