KOTA KINABALU:Polis sedang menjejaki seorang lelaki yang disahkan positif COVID-19 yang melarikan diri dari Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata warga tempatan berusia 53 tahun, beralamat di Taman Petrajaya, Telipok itu melarikan diri selepas diminta menunggu di Unit Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) pusat kesihatan tersebut untuk dibawa ke hospital.
"Lelaki tersebut disahkan positif COVID-19 menerusi ujian saringan di Klinik Kesihatan Telipok yang dibuat sehari sebelum itu," katanya ketika dihubungi.
Sambil menggesa lelaki berkenaan menyerah diri di klinik kesihatan berdekatan secepat mungkin, beliau berkata Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu kini giat mengesan individu berkenaan.
Beliau turut meminta orang ramai berhati-hati serta menghubungi pihak berkuasa sekiranya mengetahui keberadaan lelaki itu.
Kes diklasifikasi menurut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 10 2020

Menurut polis, lelaki tersebut disahkan positif COVID-19 menerusi ujian saringan di Klinik Kesihatan Telipok yang dibuat sehari sebelum itu.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

PM Thailand disahkan positif COVID-19
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengesahkan hari ini bahawa beliau positif COVID-19.

PRN: Pengundi positif COVID-19 mula terima panduan keluar mengundi di MySejahtera
Individu positif COVID-19 yang layak mengundi akan menerima mesej di aplikasi MySejahtera bermula hari ini hingga Sabtu.

PRU15: Pengundi positif COVID-19 tak dibenar guna Grab, pengangkutan awam - KKM
Pengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang positif COVID-19 tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk Grab pada hari pengundian 19 November ini.

Menteri Kesihatan Indonesia positif COVID-19
Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin disahkan positif COVID-19 dan akan menjalankan tugasnya secara isolasi hingga simptom yang dialami sembuh.

Empat ahli kontinjen Malaysia positif COVID-19 di Solo
Empat ahli kontinjen Malaysia terpaksa melupakan impian untuk beraksi di Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 kerana positif COVID-19.

"Akhirnya.. tumpas jua" - Wany Hasrita positif COVID-19, sambut Aidiladha dalam kuarantin
Menurut Wany ini kali pertama dia dijangkiti virus berkenaan setelah bertahan kekal negatif selama beberapa tahun.

Presiden Singapura positif COVID-19
Presiden Singapura Halimah Yacob hari ini disahkan positif COVID-19 dengan mengalami gejala ringan.

Dr Anthony Fauci disahkan positif COVID-19
Dr Anthony Fauci, wajah di sebalik usaha kerajaan Amerika Syarikat untuk menangani pandemik COVID-19, akhirnya kecundang selepas disahkan positif COVID-19.

Individu positif COVID-19 boleh dilepaskan dari HSO seawal hari keempat kuarantin - Khairy
Khairy berkata, sekiranya masih positif, maka individu tersebut perlu terus melengkapkan tempoh pengasingan sehingga tujuh hari.

Jungkook BTS disah pulih COVID-19, akan beraksi di pentas Grammy
Big Hit Music mengumumkan Jungkook telah menjalani ujian pada Sabtu dan disahkan negatif COVID-19, lapor Soompi.