Lelaki yang memecahkan patung di sebuah kuil di Jalan Hospital di sini dipercayai mempunyai masalah mental, kata Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong.
Beliau berkata polis yang berjaya menahan suspek berumur 29 tahun itu tidak lama selepas kejadian itu sedang mengaturkan supaya dia menjalani pemeriksaan kesihatan mental.
Katanya polis menasihati orang ramai supaya tidak menjadikan insiden yang berlaku kira-kira 5.10 petang semalam itu sebagai isu perkauman.
"Jika terbukti dia tidak siuman, maka apa yang dilakukannya itu adalah di luar kawalan, bukan niat untuk menghina sebarang agama," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau keadaan di kuil Sree Muneeswarar Amman Kovil itu lewat malam tadi.
"Semasa kejadian hanya terdapat seorang sami di kuil berkenaan yang juga merupakan saksi kejadian," katanya.
Sum berkata suspek masuk ke kawasan kuil itu dengan sebuah kereta sebelum memecahkan patung berkenaan dengan sebilah parang.
Katanya selepas merosakkan patung berkenaan, suspek melarikan diri ke Jalan Ghazali Jawi dengan memandu kereta secara melawan arus dan terbabas lalu melanggar sebuah perhentian bas sebelum ditahan polis.
Ketika ditanya sama ada suspek yang difahamkan pernah menuntut di Mesir mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh, katanya buat masa ini polis tiada maklumat mengenai perkara itu, namun akan menyiasat secara terperinci.
Bernama
Mon Apr 25 2016
Menurut ACP Sum Chang Keong, Jika terbukti dia tidak siuman, maka apa yang dilakukannya itu adalah di luar kawalan.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lelaki kurang siuman maut dipukul, 12 pelajar tahfiz ditahan
Kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan mengamuk dan membakar jubah milik pelajar serta mengganggu mereka.
Lelaki pecah kuil: Komuniti Hindu di Ipoh diminta bertenang - KPN
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam kejadian yang dilakukan oleh seorang lelaki kurang siuman dipercayai bekas doktor yang baru sahaja dipecat.
Lelaki pecah patung di kuil dipercayai sakit mental - Polis Ipoh
Polis menasihati orang ramai supaya tidak menjadikan insiden yang berlaku kira-kira 5.10 petang semalam itu sebagai isu perkauman.
Lelaki tidak siuman maut selepas terjun dari bangunan IPD Bentong
IPD Bentong gempar selepas seorang lelaki dipercayai tidak siuman telah terjun dari tingkat dua bangunan berkenaan.