PADANG BESAR: Seorang lelaki maut ditembak selepas bertindak menyerang anggota polis dengan sebilah pedang dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Kaki Bukit, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Saifudin Aslin Abbas berkata terdahulu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Padang Besar tiba di rumah itu pada kira-kira 5.30 petang selepas menerima aduan daripada seorang suri rumah mendakwa didera suaminya.
"Tindakan lelaki berusia 55 tahun itu yang enggan keluar dari rumah telah memaksa anggota polis memasuki rumah berkenaan melalui tingkap.
"Lelaki itu yang memegang sebilah pedang bertindak agresif hingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang anggota polis lalu polis melepaskan satu tembakan amaran," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata polis kemudian terpaksa melepaskan tembakan kedua demi melindungi keselamatan semua anggota polis dan anak lelaki itu selepas lelaki berkenaan terus bertindak agresif menyerang polis.
Menurutnya lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk bedah siasat.
Lelaki itu mempunyai enam rekod jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah, ugutan jenayah, khianat serta kesalahan di bawah Akta Racun.
Kes berkenaan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 16 2021

Lelaki itu mempunyai enam rekod jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah, ugutan jenayah, khianat serta kesalahan di bawah Akta Racun. - Gambar hiasan
Yoon Suk Yeol pertahan keputusan isyihar darurat
Susulan itu, lapan hakim yang mengendalikan kes ini akan memutuskan sama ada untuk menyingkirkan Yoon daripada jawatan atau mengembalikannya ke tampuk kepimpinan.
Taiwan tahan kapal kargo China
Pengawal pesisir Taiwan pada Selasa menahan sebuah kapal kargo milik China sebagai respon terhadap isu kabel dasar laut Penghu di selat Taiwan yang terputus. Pihak pengawal pesisir wilayah itu dalam kenyataan berkata, pihaknya menghantar tiga buah kapal bagi mengepung kapal 'Hong Tai 58' yang didaftarkan di bawah Republik Togolese.
Qatar tuan rumah Persidangan Web 2025
Persidangan Web Antarabangsa yang membuka tirainya buat julung kali di Doha, Qatar dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung dari serata dunia. Penganjur sidang berkata, mereka yang hadir termasuk lebih 1,500 pelopor syarikat pemula, ribuan figura pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan teknologi dari 90 buah negara dan rantau seluruh dunia.
Apple Labur $500 Bilion di Amerika Syarikat, Cipta 20,000 Pekerjaan
Apple mengumumkan pelaburan sebanyak 500 bilion dolar Amerika di Amerika Syarikat dalam tempoh empat tahun akan datang.
Beribu mangsa pekerjaan scam dibebaskan
Beribu warganegara asing dibebaskan dari jenayah penipuan dalam talian (scam) dalam operasi besar-besaran yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dari tiga negara China, Thailand dan Myanmar. Mereka merupakan kalangan individu yang terperangkap di premis-premis yang dikawal oleh kumpulan penjenayah.
Empat maut di jabatan runtuh korea selatan, operasi menyelamat masih berjalan
Empat orang maut dan enam lagi cedera pada Selasa,akibat runtuhan di tapak pembinaan lebuh raya di bandar Anseong, Korea Selatan. Pihak berkuasa bomba mengesahkan angka korban tersebut dalam kemas kini terkini.
KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan 3,228 jururawat pada tahun 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan keluaran institusi pendidikan dalam negara bagi tujuan mengisi perjawatan tetap di KKM.
KPDN akan laksanakan analisis data kesan penyasaran subsidi
Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini kerana telahan awal bahawa penyasaran subsidi diesel akan menyebabkan kadar inflasi meningkat tidak berlaku seperti yang dijangkakan, malah kekal di bawah 2 peratus.
PETRONAS nafi buang 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menegaskan, saiz penyusunan semula atau 'right-sizing' sedang diteliti oleh pasukan petugas dan dijangka diselesaikan pada pertengahan tahun ini.
Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju, susulan cabaran yang dihadapi dalam kawalan kemasukan bahan buangan berkenaan.

Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy
Langkah segera perlu diambil untuk menangani jurang gaji antara siswazah wanita dengan lelaki di Malaysia, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Polis mohon bantuan kesan lelaki warga emas hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas.

Abigail buktikan wanita pun hebat dalam gusti lengan
Tidak dinafikan sukan gusti lengan sering kali dikaitkan dengan golongan lelaki kerana memerlukan kekuatan tangan dengan majoriti atlet dilihat memiliki badan yang besar atau 'sado'.

Mayat dalam longkang, polis tahan lelaki warga asing
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Alor Setar untuk mendapatkan tahanan reman pada Selasa untuk siasatan lanjut.

Lelaki lari dari serbuan polis ditemukan lemas
Seorang lelaki ditemukan lemas setelah dipercayai terjun ke sungai ketika melarikan diri daripada polis yang melakukan serbuan di kebun durian.

Lelaki ditahan selepas serang Perdana Menteri Denmark
Tidak jelas sama ada Frederiksen, seorang Demokrat Sosial, mengalami kecederaan dalam serangan berkenaan.

Isteriku ternyata lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah
Adinda kini telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK.

Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Mek Mas ditemukan selamat
Mangsa diselamatkan oleh nelayan yang sedang menangkap ikan pada jarak kira-kira lima batu nautika dari lokasi pencarian, di sekitar perairan Tumpat.

Lelaki baling batu ke arah ibu pejabat Pas ditahan
Difahamkan lelaki berkenaan berbuat demikian kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan parti Pas, dari segi kerjasama politik.

Jangan ambil mudah kanser hidung - Pakar
Ia selalu menjangkiti mereka yang berusia lebih daripada 50 tahun terutamanya kaum lelaki dan yang mempunyai sejarah keluarga menghidap NPC.