PASIR MAS: Seorang peniaga berusia 31 tahun hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan menculik seorang wanita yang merupakan ejen produk kosmetik pada 13 September lalu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh Chek Nothafizzi Chek Nor yang didakwa bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas didakwa menculik, Rosnazirah Mohd Naim, 36, di sebuah rumah di Kampung Semat Jal, Wakaf Baru, Tumpat pada jam 5.06 petang, 13 September, 2022.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Hajarul Falenna Itah Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Firdaus Zainal Abidin dan Majdah Muhamad.
Tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin kerana kes berkenaan membabitkan nyawa orang lain dan dirancang secara berkumpulan dan tertuduh juga ditahan di Thailand sebelum diektradisi ke negara ini.
Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy menetapkan 20 Januari 2023 sebagai tarikh sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan ejen kosmetik berkenaan dilarikan empat individu menggunakan sebuah kereta jenis Toyota Vios dari rumah keluarganya di Tumpat.
Mangsa ditemukan selamat di Thailand sebelum dibawa pulang ke rumah selepas 21 hari dalam tawanan penculik.
Kejayaan menyelamatkan mangsa adalah hasil usahasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis Thailand yang berjaya menjejaki mangsa yang dikatakan sudah berada di Laos.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang dibacakan bersama Seksyen 34 Akta yang sama.
Sabit kesalahan tersebut, membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.
Muhafandi Muhamad
Thu Dec 29 2022
Peniaga, Chek Norhafizzi Chek Nor, 31, (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan menculik seorang wanita yang merupakan ejen produk kosmetik pada 13 September lalu. - fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
Lelaki mengaku tidak bersalah culik ejen kosmetik
Seorang lelaki berusia 31 tahun hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas dakwaan menculik ejen kosmetik pada 13 September lalu.