JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang mengaku berpangkat 'Datuk Seri' ditahan polis selepas mengugut dua mangsa termasuk seorang anggota polis berpangkat Inspektor, pada Khamis.
Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan bersama rakannya, 41 tahun jam 8.30 malam, selepas mangsa membuat laporan polis.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pada Isnin lalu mangsa yang berusia 50-an didatangi dua suspek termasuk ‘Datuk Seri’ berkenaan.
Katanya ‘Datuk Seri' itu kemudian melakukan pemerasan dengan mengugut mangsa supaya membayar sejumlah hutangnya dengan kekerasan sebelum mangsa membuat laporan polis.
Ketika ditahan ‘Datuk Seri’ terbabit sekali lagi bertindak mengugut seorang anggota polis bertugas yang berpangkat Inspektor.
“Tuan-tuan lihat apa ayat yang digunakan untuk mengugut pegawai polis. ‘Tuan tangkap saya, saya akan porak-perondakan semua balai polis dan hidup tuan’.
"Itu ugutan dia, dia ingat dia ada NGO belakang dia, belakang ada orang politik, dia boleh ugut polis. Datuk Seri ke, Tan Sri ke, kita akan ambil tindakan tegas, tiada tolak ansur," katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini harı ini.
Siasatan turut mendapati suspek berkenaan menggunakan gelaran 'Datuk Seri' yang tidak diiktiraf kerajaan Malaysia.
Semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau berunsur jenayah kekerasan termasuk dua kali dikenakan tindakan di bawah Ordinan Darurat dengan ditahan di Simpang Renggam dan Pulau Jerejak, sekitar tahun 80-an serta 90-an.
Kedua-dua suspek termasuk Datuk Seri itu disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan Seksyen 506 kanun keseksaan kerana ugutan jenayah.
Astro Awani
Tue Mar 02 2021
Menurut Ayob Khan, semakan mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau berunsur jenayah kekerasan termasuk dua kali dikenakan tindakan di bawah Ordinan Darurat. - Gambar fail
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ketua Polis Johor sahkan turut terima e-mel ancaman bom
Ancaman bom itu dihantar ke e-mel rasmi Ketua Polis Johor dan dipercayai dihantar oleh individu sama yang menghantar ancaman bom di Menara MBJB.
Polis Johor kutip RM1.38 juta bayaran saman dalam tiga hari
Sebanyak RM1.38 juta kutipan bayaran saman trafik diperoleh sepanjang tiga hari Program Ramah Mesra Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor bersama Brother Motor yang berakhir hari ini.
Polis Johor tumpaskan sindiket edar dadah bernilai RM2 juta
Dadah yang dirampas dipercayai untuk tujuan pasaran tempatan bagi kegunaan pusat hiburan dan parti persendirian.
Euro 2020: 70 individu ditahan dalam judi 'online' libatkan nilai pertaruhan lebih RM44 juta
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi bermula selama sebulan sejak 12 Jun lalu.
Op Noda: 26 individu diberkas, sindiket persundalan ditumpaskan polis
Dalam operasi itu, premis yang diserbu dan diperiksa melibatkan dua buah hotel bajet, tiga rumah apartmen, sebuah rumah kediaman dan rumah kedai.
51 individu diberkas, terlibat sindiket judi bola sepak Euro 2020 bernilai lebih RM19 juta
Bermula 10 Jun hingga Sabtu lalu, pihaknya telah melancarkan Op Soga VIII bagi membanteras sindiket pertaruhan judi bola sepak di negeri itu.
12 pegawai kanan agensi penguat kuasa ditahan berkait Geng Nicky
Babitkan 10 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Peras ugut: Anggota dan pegawai polis terlibat, dah macam pemungut cukai - Ayob Khan
Susulan laporan dibuat oleh mangsa, tangkapan dibuat terhadap kesemua suspek berusia dalam lingkungan 26 hingga 46 tahun.
Nicky, pembantu didakwa secara 'in absentia' kerana masih dalam buruan - KP Johor
Turut dituduh di bawah pertuduhan yang sama, iaitu Seksyen 130V Kanun Keseksaan ialah 13 individu lain.
Polis Johor belum terima senarai individu dikuarantin daripada KKM - Ayob Khan
Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya sehingga kini masih menunggu data berkenaan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).