Lelaki yang ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam longkang bersama motosikalnya dan dibawa arus deras di Jalan Tun Sardon menghala ke Balik Pulau, malam tadi telah dikenal pasti sebagai Goh Teng Thye, 45 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Suprintendan A. A. Ambalagan, identiti mangsa yang beralamat di Pitt Street, George Town dikenal pasti berdasarkan pada nombor pendaftaran motosikalnya.
Katanya, siasatan awal polis mendapati mangsa yang menunggang motosikal dari arah Relau menuju ke Balik Pulau telah merempuh laluan air deras di atas jalan raya sebelum terjatuh.
Mangsa kemudiannya dihanyutkan oleh arus deras ke dalam longkang dan hilang sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan dihempap batu besar.
Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan dada disebabkan oleh jatuh dari tempat tinggi.
Pada masa yang sama, Ambalagan berkata, tiada sebarang unsur jenayah berhubung kematian mangsa dan mengklasifilasikan kes sebagai mati mengejut.
Dalam kejadian jam 9.50 malam tadi, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dilaporkan terjatuh ke dalam longkang berkenaan dan dibawa arus deras akibat hujan lebat sebelum mayatnya ditemui pada jam 2.28 pagi Sabtu.
Operasi mencari dan menyelamatkan yang dilakukan kemudianya menemui motosikal milik mangsa jenis SYM bernombor pendaftaran PKA 520 tersangkut pada penutup longkang pada pada jam 11.15 malam.
Pencarian yang diteruskan dengan mengikut aliran arus pada jarak 500 meter kemudiannya membawa kepada penemuan mayat mangsa yang ditemui tersepit di celah batu besar di dalam sungai.
Kerja-kerja mengeluarkan mangsa menjadi sukar berikutan mangsa tersepit pada batu besar dan berat termasuk arus air sungai yang deras.
Mayat mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan pada jam 3.40 pagi dan dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.
Bernama
Sat Oct 28 2017
Lelaki yang ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam longkang bersama motosikalnya dan dibawa arus deras di Jalan Tun Sardon menghala ke Balik Pulau, malam tadi telah dikenal pasti sebagai Goh Teng Thye, 45 tahun.
Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Mangsa banjir yang 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Uggah berkata, ini kerana masih ada segelintir individu yang belum bersedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.
Menara kawalan trafik udara dilapor kekurangan kakitangan semasa nahas pesawat
Kekurangan kakitangan di menara kawalan trafik udara di Ronald Reagan Washington National Airport "tidak normal" semasa pelanggaran maut itu.
Laporan terkini situasi banjir di Pontianak bersama DWI NARDI / Ketua KOMPAS TV Biro Kalimantan
Selain wilayah perbatasan Indonesia-Malaysia di Kabupaten Sanggau, banjir besar yang berlaku di Kalimantan Barat juga menjejaskan beberapa kawasan sempadan lain termasuk di Jagoi Babang, Kabupaten Bengkayang.
Empat lokasi lebuhraya Pan Borneo dinaiki air
Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. kesemua laluan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak tidak terputus walaupun empat lokasi dinaiki air.
Kemalangan: polis siasat pelampung gelongsor kena pengunjung di taman tema
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tular melibatkan pelampung gelongsor yang tiba-tiba terjatuh dan menimpa seorang pengunjung di Sky City, Taman Tema I-City, Shah Alam, pada Rabu.
Bebas pinjaman dengan Simpan SSPN
PTPTN mengukuhkan agenda mengurangkan kebergergantungan masyarakat kepada pinjaman sekali gus meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.
Honda, Nissan umum pelan terperinci penggabungan pertengahan Februari
Mitsubishi Motors Corp, rakan kongsi Nissan, kini cenderung untuk bergerak sendiri dan tidak menyertai penggabungan.
AWANI Ringkas: PM ajak rakyat tumpu kemajuan, kepentingan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki maut terjatuh longkang selepas dibawa arus deras
Penunggang motosikal yang terjatuh ke dalam longkang sebelum dibawa arus deras di Jalan Tun Sardon menghala Balik Pulau malam tadi ditemukan lemas awal pagi hari ini.